Utusan Borneo (Sarawak)

Norezah Derman menang Mitsubishi Triton cabutan bertuah New World Mart dan theBay ParkCity Mall

-

BINTULU: Norezah Derman tidak menyangka akan mendapat tuah besar apabila memenangi hadiah utama kenderaan pacuan empat roda ( 4WD) Mitsubishi Triton bernilai lebih RM84,000 dalam Peraduan Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-8 New World Mart dan theBay ParkCity Mall Bintulu semalam.

Norezah yang berasal dari Kampung Labang Bintulu semasa ditemui berkata, saya hampir tidak percaya memenangi hadiah utama dalam peraduan ini.

“Saya agak terkejut semasa dihubungi dan dimaklumka­n oleh pengurusan pasar raya (New World Mart Bintulu) mengenai hadiah utama yang akan saya menangi.

“Saya memikirkan ia hanya main-main, namun saya akhirnya percaya setelah diyakinkan oleh pihak terbabit sekali gus bersyukur dan gembira dengan hadiah kemenangan ini,” ujarnya yang agak kehilangan kata- kata semalam.

Menurutnya, semasa menyertai peraduan itu, beliau berbelanja lebih daripada RM700 di pasar raya New World Mart dan mengisi 10 borang penyertaan dalam peraduan itu.

“Saya menyertai peraduan yang diadakan oleh New World Mart Bintulu bukan kali pertama malahan tiaptiap tahun sejak lima tahun lalu dan ini kali pertama saya memenangi peraduan yang dianjurkan,” katanya yang turut ditemani bapanya.

Norezah berkata, New World Mart merupakan tempat dan pilihan utamanya untuk membeli- belah dan setiap kali saya membeli barang keperluan, pasar raya ini menjadi tumpuan saya.

Mengenai hadiah yang dimenangi itu katanya, saya akan menggunaka­n kenderaan itu dengan sebaiknya.

Selain itu, hadiah pertama berupa Iphone 6S 16G bernilai RM3,199 turut disampaika­n kepada dua pemenang iaitu masing-masingnya Dina Tambi (Bintulu) dan Jack Tajak (Miri).

Hadiah kedua televisyen LED 40 inci jenama Samsung bernilai RM1,599 pula masing- masingnya dimenangi oleh Wong Leh Ching (Bintulu) dan Sunny Entusan (Miri).

Manakala hadiah ketiga peti sejuk Samsung bernilai RM1,299 masing-masingnya dimenangi oleh Ling Ung Mei (Bintulu) dan Marati Abu (Miri).

Diikuti 10 hadiah sagu hati baucar tunai New World Mart bernilai RM800 dimenangi oleh Wong Mang Yun, Ngani Alik, Wong Siew Ching, Abdul Hamid Mohd Yusup, Dihoi Nyomeb merupakan lima pemenang dari Bintulu dan lima pemenang dari Miri pula terdiri daripada Danny Atok, Aida Mustafa, Fauji Ahmad, Chan Choy Hoong dan Jamali Kempang.

Upacara penyampaia­n hadiah kepada para pemenang telah disempurna­kan oleh Pengurus New World Mart ParkCity Mall Bintulu, Lau Soon Heng.

Peraduan itu bermula sejak 2 Oktober hingga 30 Disember 2015 lalu yang mana pengunjung yang berbelanja RM60 dan ke atas di New World Mart dan theBay akan menerima satu resit dan layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah tersebut.

 ??  ?? BERTUAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an replika kunci untuk hadiah utama berupa kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton kepada Norezah sambil disaksikan oleh pemenang-pemenang lainnya
BERTUAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an replika kunci untuk hadiah utama berupa kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton kepada Norezah sambil disaksikan oleh pemenang-pemenang lainnya
 ??  ?? REPLIKA KUNCI: Lau (kiri) menyampaik­an replika kunci hadiah utama pacuan empat roda Mitsubishi Triton kepada Norezah yang ditemani bapanya (kanan)
REPLIKA KUNCI: Lau (kiri) menyampaik­an replika kunci hadiah utama pacuan empat roda Mitsubishi Triton kepada Norezah yang ditemani bapanya (kanan)
 ??  ?? HADIAH KEDUA: Lau (kiri) menyampaih­kan hadiah kedua televisyen 40 inci jenama Samsung kepada Wong Leh Ching.
HADIAH KEDUA: Lau (kiri) menyampaih­kan hadiah kedua televisyen 40 inci jenama Samsung kepada Wong Leh Ching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia