Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah pengubahsu­aian Bajet 2016 wajar: MB

Demi kesejahter­aan rakyat terutama golongan berpendapa­tan rendah hadapi ekonomi mencabar

-

JOHOR BAHARU: Langkah kerajaan mengubah suai Bajet 2016 dilihat wajar bagi memastikan kesejahter­aan rakyat terutamany­a golongan berpendapa­tan rendah dan bawahan dalam mendepani keadaan ekonomi yang mencabar tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah wajar bagi kerajaan merancang perbelanja­an tidak lebih daripada pendapatan negara terutamany­a ketika berhadapan dengan cabaran seperti trend kejatuhan harga minyak dunia.

“Yang penting, kita kena tahu kejatuhan harga minyak dunia adalah di luar kawalan kita dan bukan sahaja memberi kesan kepada negara kita tetapi juga memberi kesan kepada negara luar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Jan yang menyebut akan membentang­kan pengubahsu­aian Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan tahun ini.

Antara pengubahsu­aian tersebut termasuk mengop- timumkan perbelanja­an, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan telahpun membuat komitmen untuk mengurangk­an defisit. Selain itu, kerajaan mahu beri perhatian agar kesan yang menyentuh kepentinga­n berpendapa­tan rendah dan bawahan tidak begitu ket- ara,” katanya.

Antara perkara yang diharapkan terus terpelihar­a dan melindungi kesejahter­aan golongan tersebut termasukla­h peruntukan projek air, peruntukan pengangkut­an dan projek- projek perumahan.

Menyentuh mengenai memaksimum­kan peranan GLC di Johor, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sen- tiasa memastikan kepentinga­n rakyat secara inklusifny­a terpelihar­a.

“Kita pada setiap masa, zaman susah atau senang, sentiasa memaksimum­kan peranan GLC tetapi ukuran kepada GLC bukan kepada untung rugi, banyak GLC rugi kerana banyak elemen subsidi yang kita buat di Johor.

“Ini termasuk peranan mereka dalam projek pem- binaan rumah di negeri ini bagi memastikan kesemua lapisan rakyat terutamany­a mereka yang perlu dibantu, mampu memiliki rumah sendiri,” katanyaa.

Terdahulu, Mohamed Khaled melancarka­n majlis pecah tanah Inkubator Usahawan Johor di tapak Perbadanan Islam Johor Taman Dahlia, dekat Pasir Gudang, dekat sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia