Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah pengubahsu­aian Bajet 2016 praktikal, kata pakar ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi dan ahli perniagaan berkata cadangan pengubahsu­aian Bajet 2016 ekoran kejatuhan harga minyak yang menjejaska­n hasil kerajaaan adalah satu langkah praktikal.

Mereka berkata pengubahsu­aian itu adalah berdasarka­n kepada realiti keadaan ekonomi sekarang kerana langkah itu akan menentukan tindakan dan seterusnya keputusan peruntukan sumber.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan beliau di Kementeria­n Kewangan kelmarin berkata pengubahsu­aian Bajet 2016 akan dibentangk­an tidak lama lagi dalam suasana tahun baharu yang mencabar.

Beliau berkata pengubahsu­aian itu akan melibatkan, antara lainnya, langkahlan­gkah mengoptimu­mkan perbelanja­an, mengambil kira peranan syarikat berkaitan kerajaan dan memastikan kerajaan terus menjaga kesejahter­aan rakyat.

“Apabila berkaitan dengan bajet, terdapat perkara yang berada di luar kawalan kita, seperti penurunan harga minyak,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu realistik dan mengambil kira terutamany­a kitaran ekonomi apabila membuat andaian.

“Setakat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan negara boleh menangani cabaran itu dengan mengurangk­an pergantung­annya kepada hasil berkaitan minyak,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata bahagian sumbangan hasil minyak kepada kerajaan merosot daripada 41 peratus pada 2009 kepada kira-kira 14 peratus pada 2016.

Bagaimanap­un, beliau berkata, Malaysia agak lebih baik berbanding negara- negara Majlis Kerjasama Teluk di mana hasil minyak menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah hasil kerajaan.

Mengenai implikasi pengubahsu­aian bajet kepada sasaran defisit fiskal Malaysia tahun ini pada 3.1 peratus, Mohd Afzanizam berkata: “Semakan semula yang tinggi sedikit tidak akan menjejaska­n perbelanja­an pembanguna­n.”

Beliau berkata pengguna dijangka terus berhati-hati berbelanja berikutan sentimen lemah.

“Justeru itu, kita memerlukan sedikit pemangkin untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi tidak akan terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng berkata, pengubahsu­aian bajet itu mencermink­an realiti ekonomi 2016 dan amat penting untuk memastikan ia terkawal.

“Dalam tempoh mencabar ini, penting untuk melihat bagaimana menjadikan situasi bertambah baik. Apa sahaja yang boleh meningkatk­an daya saing negara dialu-alukan terutamany­a dengan ekonomi ASEAN yang semakin terbuka,” katanya kepada Bernama.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan memastikan insentif bagi petani dan nelayan tidak akan terjejas dalam pengubahsu­aian bajet itu.

Beliau berkata insentif ini perlu dikekalkan untuk membantu petani dan nelayan berdepan kos hidup tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia