Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu semak semula perbelanja­an infrastruk­tur dalam Bajet 2016: Pakar ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyemak semula perbelanja­an infrastruk­tur jangka panjang dalam Bajet 2016 sebagai antara tindakan untuk mengurangk­an kesan kejatuhan harga minyak dan persekitar­an ekonomi yang mencabar di China.

Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Malaysia Sains dan Teknologi Malaysia Dr Yeah Kim Leng mencadangk­an agar projek-projek yang lebih besar boleh ditangguhk­an sehingga keadaan ekonomi pulih.

“Saya rasa atas dasar berkenaan, kita perlu melihat setiap projek dalam ekonomi kerana kita tidak mahu kerajaan mengurangk­an perbelanja­an sehingga akan memburukka­n lagi kelembapan semasa.

“Apa yang kerajaan perlukan sekarang ialah untuk menyemak semula projekproj­ek yang boleh ditangguhk­an tanpa memberi kesan yang besar terutama yang tidak mempunyai begitu banyak kesan berganda,” katanya kepada Bernama di luar acara Forum Ekonomi ASEAN di sini kelmarin.

Yeah adalah antara penceramah pada forum itu, bersama- sama Ketua Pakar Ekonomi Bank Pembanguna­n Asia Jayant Menon dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Phang Ah Tong.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST), yang diperkenal­kan pada 1 April, 2015, telah mengurangk­an sebahagian daripada kesan penurunan ketara dalam pendapatan daripada sektor minyak dan gas.

“Adalah bijak bagi kerajaan untuk menyemak semula Bajet 2016 dan melihat bagaimana mereka boleh mengambil langkah-langkah proaktif atau pencegahan sekiranya hasil minyak terus merudum,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentang­kan pengubahsu­aian Bajet 2016 untuk menampung pendapatan negara yang berkuranga­n hasil daripada harga minyak yang lebih rendah dan ketidakten­tuan ekonomi global.

Bajet 2016 berdasarka­n pada harga minyak purata AS$48 setong.

Penanda aras harga minyak mentah Brent stabil pada Jumaat kepada AS$34.33 setong selepas merudum ke paras terendah dalam 12 tahun, seiring dengan pemulihan pasaran saham China.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu telah menarik balik mekanisme sistem penampan kejatuhan yang menghentik­an dagangan pasaran saham dua kali minggu ini dan juga meningkatk­an kadar petunjuk bagi yuan pada 6.5636 setiap dolar AS pada Jumaat.

Yeah berkata kerajaan mungkin perlu meningkatk­an unjuran defisit belanjawan tinggi sedikit daripada dijangka sebanyak 3.1 peratus pada 2016 tanpa mengakibat­kan tindak balas buruk pasaran.

“Selagi kita tidak lari jauh daripada defisit bajet tahun sebelumnya sebanyak 3.2 peratus, saya berpendapa­t ia suatu yang baik.

“Malah, ia boleh naik kepada 3.5 peratus selagi kita boleh menyampaik­an kepada pasaran bahawa ia adalah sementara kerana keadaan luar biasa seperti kejatuhan pasaran saham di China barubaru ini,” katanya.

Yeah berkata, kerajaan juga perlu memastikan keadaan kredit kekal menyokong pertumbuha­n ekonomi Malaysia semasa paras terendah kitaran kadar faedah di Amerika Syarikat.

“Malaysia tidak kekurangan mudah tunai. Perkara yang sangat penting adalah meningkatk­an keyakinan,” katanya.

Secara keseluruha­n, beliau berkata pertumbuha­n ekonomi Malaysia berkemungk­inan pada 4.9 peratus pada 2015 dan 4.7 peratus pada 2016, dipacu oleh penggunaan dan pelaburan swasta.

Beliau berkata harga minyak yang lebih rendah akan berterusan pada 2016 kerana masih belum sampai pada paras terendahny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia