Utusan Borneo (Sarawak)

Pengubahsu­aian bajet: Insentif pekebun dan nelayan kecil tidak akan terjejas

-

KUALA LUMPUR: Insentif bagi pekebun dan nelayan kecil tidak akan terjejas sekiranya Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani terlibat dalam pengubahsu­aian Bajet 2016 oleh kerajaan, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata insentif berkenaan akan dipertahan­kan bagi memastikan golongan petani dan nelayan berpendapa­tan rendah tidak lebih terkesan dengan peningkata­n kos sara hidup.

“( Pengubahsu­aian bajet) adalah perkara yang kita harus bersedia dengannya. Apabila Bajet dibuat, ia berasaskan kepada keupayaan negara, berdasarka­n pendapatan­pendapatan tertentu.

“Ia termasuk anggaran harga minyak mentah dunia yang pada masa tersebut sekitar AS$ 48 dolar setong. Tetapi, harga minyak sekarang jatuh di bawah paras AS$40 dolar setong, mengakibat­kan pendapatan negara berkuranga­n,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis tandatanga­n perjanjian persefaham­an di antara Agrobank dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( KADA) di sini kelmarin.

Beliau berkata bagi perkaraper­kara asas yang berkaitan dengan kepentinga­n rakyat terutamany­a golongan yang berpendapa­tan rendah seperti subsidi, ia tidak boleh dikompromi­kan.

“Sekiranya terdapat pemotongan ( untuk pengu- bahsuaian bajet), ia mungkin perkara-perkara yang lain, yang tidak menjadi keutamaan buat masa sekarang. Ini (insentif bagi petani dan nelayan kecil) adalah perkara yang terakhir yang akan kita korbankan, jika perlu.

Buat masa ini, Shabery berkata terdapat beberapa insentif yang diberikan kepada petani dan nelayan seperti bantuan subsidi harga benih padi, baja dan racun bagi penanam padi.

“Perkara seperti ini tidak boleh dikompromi­kan kerana ia berkaitan dengan kehidupan rakyat, termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengeluara­n beras, ia amat sensitif. Kita harus mencari jalan untuk memenuhi tuntutan asas rakyat.

“Kita juga mempunyai insentif untuk nelayan, di mana lebih 50,000 nelayan hari ini menerima elaun sara hidup sebanyak RM300 yang juga tidak akan disentuh sekiranya kementeria­n terlibat dengan semakan semula Bajet 2016,” katanya.

Beliau turut menyeru pihak kementeria­n, badan- badan swasta dan institusi kewangan untuk menjadi lebih kreatif dalam mengharung­i suasana ekonomi yang mencabar hari ini.

Beliau berkata berkata badan- badan swasta harus memainkan peranan untuk meningkatk­an permintaan domestik terhadap produkprod­uk tempatan yang dihasilkan bagi merancakka­n ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia