Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Johor rancang bangunkan lima pusat inkubator usahawan tahun ini

-

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor akan membangunk­an lima lagi pusat inkubator usahawan tahun ini bagi memberi peluang kepada belia menjana pendapatan sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata inkubator terbabit yang akan dibangun menggunaka­n tabung wakaf kendalian Perbadanan Islam Johor (PIJ) dianggar dapat memanfaatk­an lebih 100 usahawan.

Tiga daripada inkubator itu dirancang di bandar raya ini iaitu di Bandar Baru Uda, Jalan Stulang Baru dan bersebelah­an litar Pasir Gudang manakala dua lagi masingmasi­ng akan dibangunka­n di Pengerang dan Muar, katanya.

“Pusat inkubator ini dijangka siap enam bulan dari sekarang dan akan menelan kos antara RM1.5 juta dan RM2 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n majlis pecah tanah Inkubator Usahawan Johor PIJ Taman Bukit Dahlia, di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled usahawan yang memanfaatk­an inkubator terbabit diberi tempoh tiga tahun untuk membangunk­an perniagaan mereka sebelum berpindah keluar.

Mengenai inkubator Taman Bukit Dahlia itu, Mohamed Khaled berkata pusat tersebut akan menempatka­n 18 ruang pejabat dengan kadar sewa serendah RM300 sebulan bagi tahun pertama.

Inkubator yang dibangun menggunaka­n kabin, dilengkapi peralatan asas pejabat selain sembilan ruang niaga untuk penjualan makanan dan minuman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia