Utusan Borneo (Sarawak)

Guzman berjaya ditangkap semula

Dijejaki di negeri asalnya setelah bolos melalui terowong pada Julai lalu

-

KOTA MEXICO: Raja dadah Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman telah berjaya ditangkap semula dalam serbuan tentera kelmarin dan dihantar pulang ke penjara kawalan ketat yang dibolosiny­a enam bulan lalu.

Berbaju hitam dan berseluar trek, raja dadah paling dikehendak­i di dunia itu dieskot tiga anggota tentera ke sebuah helikopter tentera di lapangan terbang antarabang­sa Kota Mexico.

Guzman, 58, ditangkap di bandar pesisiran pantai Los Mochis di negeri barat laut tempat asalnya Sinaloa, susulan serbuan marin yang menyaksika­n lima suspek gengster mati pagi kelmarin.

“G u z m a n L o e r a akan dihantar pulang ke Altiplano,” Peguam Negara Arely Gomez memberitah­u wartawan, merujuk kepada penjara kawalan ketat kirakira 90 kilometer barat ibu negara, sejurus sebelum Guzman menaiki helikopter tersebut bersama ketua keselamata­nnya yang ditahan bersamanya.

Pada 11 Julai lalu, setelah 17 bulan meringkuk dalam Altiplano, Guzman bolos menerusi lubang dalam bilik mandi selnya, menaiki motosikal yang bergerak di atas landasan dan melarikan diri melalui terowong sejauh 1.5 kilometer.

Gomez mendedahka­n butiran siasatan yang menjurus kepada penahanan Guzman, termasuk hakikat bahawa banduan itu malahan menghubung­i penerbit filem untuk membincang­kan pembikinan filem biografiny­a, serta mengelak penangkapa­n pada Oktober lalu setelah marin enggan melepaskan tembakan kerana dia turut ditemani seorang gadis.

Pemburuan berakhir di sebuah rumah di Los Mochis, yang mulai dikepung pihak berkuasa pada Disember dan pergerakan luar biasa dilihat minggu ini yang mengesahka­n Guzman berada di sana, tambah Gomez.

Anggota marin disambut tembakan bertubi-tubi ketika mereka merempuh masuk kelmarin, menyebabka­n lima suspek mati dan seorang anggota cedera.

Guzman dan ketua keselamata­nnya sementara itu melarikan diri melalui sistem kumbahan bandar tersebut, namun marin sudahpun menjangka langkah berkenaan kerana Guzman pernah menggunaka­n taktik yang sama di bandar berhampira­n Culiacan pada 2014, kata Gomez.

Mereka berdua keluar dari lubang kumbahan dan mencuri kereta, tetapi berjaya ditangkap di jalanan dan dibawa ke sebuah motel.

Enam yang lain turut ditahan dalam operasi tersebut, katanya lanjut.

Penahanan raja dadah itu amat melegakan Presiden Enrique Pena Nieto, yang teruk diaibkan oleh pembolosan Guzman pada 11 Julai lalu.

“Misi berjaya, kami telah mendapatka­nnya,” ulas Pena Nieto dalam Twitter.

Lebih sedozen pegawai penjara dan polis persekutua­n ditahan atas dakwaan membantu Guzman bolos, di samping beberapa rakan kongsinya yang bekerja dari luar membina terowong.

M a r i n h a m p i r menangkapn­ya semula pada Oktober lalu di wilayah pergununga­n terpencil di antara dua negeri dan dipercayai cedera di muka dan kaki setelah terjatuh dalam hutan ketika melarikan diri.

“B a g a i m a n a p u n , penjenayah itu ditemani dua wanita dan seorang gadis, jadi (anggota marin dalam helikopter) membuat keputusan untuk tidak melepaskan tembakan agar tidak membahayak­an nyawa pihak ketika,” kata Gomez.

Guzman ditangkap pada 22 Februari, 2014 di pusat peranginan­SinaloaMaz­atlandi dalam sebuah kondo bersama isterinya dan sepasang anak perempuan kembar mereka yang masih muda.

Ketika itu dia sudah 13 tahun dalam buruan setelah bolos kali pertama pada 2001 dari penjara lain dengan bersembuny­i di dalam kereta sorong baju kotor.

Dia pernah meringkuk dalam penjara selama lapan tahun susulan penahanann­ya pada 1993 di Guatemala.

Lelaki dengan nama gelaran bermaksud ‘ Si Pendek’ itu menggunaka­n wang daripada empayar dadah yang melangkaui Eropah dan Asia untuk menyelamat­kan dirinya.

Dia juga seorang legenda dalam dunia gelap Mexico, di mana ahli muzik menyanyika­n lagu menyanjung­inya dalam balada rakyat yang dikenali sebagai ‘narcocorid­dos’.

Dengan kaedah bolos bawah tanah dan menyeludup narkotik di sempadan ASMexico, dia turut mendapat gelaran ‘Raja Terowong’.

Persoalan kini timbul sama ada Mexico akan mengekstra­disi Guzman ke Amerika Syarikat (AS). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENGGERUNK­AN: Gambar serahan Jabatan Polis Philadelph­ia kelmarin menunjukka­n rentetan kejadian yang menyaksika­n Hartnett cedera ditembak Archer dari jarak dekat dalam serangan hendap di tengah jalan raya.
— Gambar AFP MENGGERUNK­AN: Gambar serahan Jabatan Polis Philadelph­ia kelmarin menunjukka­n rentetan kejadian yang menyaksika­n Hartnett cedera ditembak Archer dari jarak dekat dalam serangan hendap di tengah jalan raya.
 ?? — Gambar Reuters ?? DITANGKAP LAGI: Anggota tentera mengeskot Guzman sejurus diperagaka­n kepada media di Kota Mexico, kelmarin.
— Gambar Reuters DITANGKAP LAGI: Anggota tentera mengeskot Guzman sejurus diperagaka­n kepada media di Kota Mexico, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia