Utusan Borneo (Sarawak)

Polis ditembak di Philadelph­ia

-

NEW YORK: Seorang lelaki mengakui kesetiaan kepada kumpulan ekstremis Islamic State (IS) telah menembak dan mengakibat­kan kecederaan serius terhadap seorang anggota polis di Philadelph­ia, melepaskan berdas- das tembakan dari jarak dekat dengan sepucuk senjata polis yang dicuri sebelum berjaya ditangkap, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Anggota polis Jesse Hartnett, 33, ditembak sebanyak tiga kali di lengan kiri semasa sedang duduk di dalam kereta perondanya lewat Khamis lepas di bandar timur laut itu. “Saya telah ditembak. “S a y a m e n g a l a m i pendarahan teruk,” jeritnya dalam satu panggilan meminta bantuan.

Pihak berkuasa menyatakan mereka terkejut kerana mangsa terselamat.

P e s u r u h j a y a p o l i s Philadelph­ia Richard Ross menyatakan serangan itu sebagai benar- benar m e n g g e r u n k a n d a n menyatakan kecederaan yang dialami oleh pegawai itu sebagai amat serius.

R a k a m a n k a m e r a pengawasan yang dikeluarka­n kepada media menunjukka­n suspek, dinamakan polis sebagai Edward Archer, 30, seorang lelaki tempatan, melepaskan tembakan sambil berjalan ke arah kereta peronda, menjulurka­n tangannya ke dalam kenderaan itu dan terus menembak sebelum berlari meninggalk­an tempat kejadian.

Anggota polis itu keluar dari kenderaann­ya dalam keadaan tercedera dan mampu membalas tembakan, mengenai suspek yang kemudian segera ditangkap.

“Dia menyatakan bahawa dia menjanjika­n kesetiaann­ya kepada Islamic State, mengikuti Allah dan itu adalah sebab di mana dia dipanggil untuk melakukan perkara ini,” polis homisid Kapten James Clark memberitah­u satu sidang media.

Pihak polis menyatakan Archer memiliki satu rekod jenayah, namun tidak jelas sama ada dia bertindak sendirian atau sebagai sebahagian daripada satu konspirasi yang lebih luas.

“Dia tidak kelihatan sebagai seorang individu yang bodoh, hanya seorang yang amat kejam,” kata Ross.

Ross menambah bahawa beliau cukup terkejut apabila Hartnett, seorang pegawai dengan pengalaman empat tahun, terselamat.

“Lelaki ini telah melepaskan sekurang-kurangnya 11 das tembakan dengan senjata sembilan milimeter pada jarak dekat,” kata beliau.

Polis tidak pasti bagaimana suspek memperoleh­i senjata api itu, yang dicuri pada Oktober 2013.

“Itulah salah satu perkara yang paling dikesali, apabila senjata anggota polis dicuri dan digunakan terhadap salah seorang anggota anda sendiri,” kata Ross.

Datuk Bandar Philadelph­ia Jim Kenney memuji keberanian Hartnett namun menggesa orang ramai agar tidak mengaitkan jenayah itu dengan Islam.

Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n Dalam Negeri MichaelMcC­aulmemberi­tahu wartawan: “Sekali lagi ada individu berfahaman radikal di Amerika Syarikat yang cuba membunuh pegawai penguat kuasa undang-undang.”

Beliau mempersala­hkan propaganda ekstremis dalam Internet dari Syria.

“Mesej mereka jelas, bunuh anggota tentera, serang bangunan tentera dan bunuh anggota polis.”

Kelmarin di kawasan lain, dua suspek dengan hubungan melibatkan IS dijangka hadir di mahkamah di California dan Texas.

Aws Mohammed Younis al- Jayab, rakyat Palestin kelahiran Iraq yang datang ke AS dari Syria sebagai pelarian pada 2012, ditahan Khamis lepas, selain seorang lagi rakyat Palestin kelahiran Iraq, Omar Faraj Saeed Al Hardan, yang didakwa di Texas. — AFP

 ??  ?? EDWARD ARCHER
EDWARD ARCHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia