Utusan Borneo (Sarawak)

Tambang naik, Brazil kucar-kacir

-

SAO PAULO: Pihak polis pencegah rusuhan Brazil telah bertempur dengan penunjuk perasaan yang bertopeng kelmarin di Sao Paulo dan Rio de Janeiro semasa tunjuk perasaan kemarahan terhadap kenaikan tambang pengangkut­an yang lebih tinggi, menurut pihak berkuasa dan saksi.

Satu kenaikan pada tambang merupakan salah satu dari penyebab utama bagi tunjuk perasaan besarbesar­an yang membelengg­u Brazil pada 2013,dalam salah satu daripada ancaman paling serius terhadap Presiden Dilma Rousseff, yang kini dalam tekanan baharu ekoran kemerosota­n teruk ekonomi dan skandal rasuah melibatkan berbilion dolar.

Bantahan kelmarin di Sao Paulo, yang menarik kira-kira 3,000 orang, bermula secara aman dan kekal sebegitu hampir sepanjang bantahan.

Namun situasi menjadi ganas ketika sebahagian penunjuk perasaan muda melontar batu dan membakar penghadang sementara yang dihasilkan dari sampah dan kayu, menurut jurugambar.

Pihakberku­asamemberi­kan respon dengan melepaskan tembakan gas beracun dan menggunaka­n meriam air ke arah kumpulan orang ramai.

Namun langkah tersebut gagal untuk menghalang penunjuk perasaan dari menyerang sebuah bas dan memusnahka­n pondok menjual akhbar dan sebuah bank, menurut polis tentera Sao Paulo di dalam Twitter.

Menurut kepada pihak berkuasa, tiga orang anggota polis telah tercedera dalam pertempura­n dan 17 orang penunjuk perasaan telah ditahan bagi kesalahan salah laku.

Di Sao Paulo harga tambang bagi pengangkut­an awam akan meningkat semalam dari 3.50 reais kepada 3.80 reais ($0.87 to $0.94).

Pihak berkuasa mempertaha­nkan penambahan itu, menyatakan ia akan di bawah kadar inflasi.

Keadaan yang sama berlaku di Rio, di mana kenaikan adalah sedikit tinggi.

Perarakan di sama juga kebanyakan­nya secara aman sehingga ke akhirnya, ketika penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis.

Satu bantahan di bandar Belo Horizonte berlaku secara aman.

Tunjuk perasaan besar pada 2013, yang menarik berjuta-juta orang di jalan raya di seluruh negara, bermula dengan rasa tidak puas hati bagi kenaikan tambang pengangkut­an dan bertukar menjadi bantahan yang lebih meluas mengenai kegiatan rasuah dan kos untuk menganjurk­an Piala Dunia pada 2014. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia