Utusan Borneo (Sarawak)

Jutaan Katolik Filipina ikuti perarakan

Rata-rata impikan keajaiban dalam kehidupan setelah menyentuh Black Nazarene

-

MANILA: Beberapa orang lelaki dan wanita yang berkaki ayam berdoa bagi keajaiban telah berasakasa­k di antara kumpulan orang ramai yang besar di Filipina semalam untuk menyentuh sebuah patung ikon Jesus Christ berusia beberapa abad itu di dalam salah satu dari festival Katolik terbesar di dunia.

Sebahagian daripada acara ketakwaan paling b e r s u n g g u h - s u n g g u h di negara Asia dilakukan melalui jalan raya sempit di kawasan lama di Manila ketika patung Black Nazarene yang sebesar manusia biasa telah dibawa melalui himpunan penganutny­a.

“Nazarene, Tuhan kami memberikan makna dalam kehidupan saya,” Nino Barbo, 30, seorang lepasan sekolah tinggi dengan bahagian lengannya bercacah dan bersubang besi.

Pekerja pembinaan itu menyatakan beliau menyerahka­n gaji beliau sehari bagi tahun keenam berturut- turut dengan tidak bekerja bagi tujuan dapat memegang patung itu, yang menurut ramai penduduk Filipina boleh menyembuhk­an penyakit dan membawa tuah.

Golongan lelaki dan wanita yang berkaki ayam, tempang dan berdepan risiko nyawa seperti Barbo memanjat satu sama lain semalam bagi menyentuh patung tersebut dengan sapu tangan atau tuala putih ketika mereka yang lain menarik tali bagi membawa kenderaan perarakan besi yang membawa patung itu bergerak ke depan.

Para penganut memakai baju berwarna kuning atau merah tua serta berjalan dengan hanya berkaki ayam, memainkan peranan sebagai perayu.

Pada waktu tengah hari, pihak polis menyatakan seramai 1.5 juta orang telah mengambil bahagian dalam perarakan sejauh tujuh kilometer bagi patung tersebut, dianggap oleh penganut Katolik sebagai perutusan untuk Anak Tuhan.

Ketua pejabat pertahanan awam di bandar Manila, Johnny Yu, memberitah­u sekurang-kurang 150 orang telah menerima rawatan bagi beberapa kecederaan dan aduan pada lima jam pertama semasa perarakan, termasuk dua yang disyaki mengalami patah tulang.

Pihak polis menyatakan perarakan yang bergerak perlahan dari sebuah taman di Manila itu dijangkaka­n akan sampai di kediaman asal Nazarene di dalam gereja Quiapo di luar bandar pada waktu tengah malam.

Pengkritik menyatakan perarakan itu adalah bersamaan dengan pemujaan berhala, namun pihak berkuasa Gereja menyatakan ia sebagai satu ekspresi bagi kepercayaa­n di salah sebuah negara Katolik paling tegas di dunia.

Lebih dari 80 juta orang dari 100 juta orang di negara Asia menganggap diri mereka sebagai penganut katolik.

Memakai jubah merah tua, dimahkotak­an dengan duri dan memegang salib, patung Nazarene telah dibawa ke Manila oleh para paderi Augustinia­n pada 1607, beberapa dekad selepas permulaan pemerintah­an koloni Sepanyol.

Ia telah dipercayai sebagai memperoleh­i warna tersebut selepas ia separuh terbakar ketika kapal yang membawanya terbakar ketika dalam satu pelayaran dari Mexico, satu lagi wilayah jajahan Sepanyol pada ketika itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BESAR-BESARAN: Para penganut Katolik meletakkan imej Black Nazarene di atas kendati semasa permulaan perarakan tahunan di Manila, semalam.
— Gambar Reuters BESAR-BESARAN: Para penganut Katolik meletakkan imej Black Nazarene di atas kendati semasa permulaan perarakan tahunan di Manila, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? TERCAPAI: Curtis-Taylor bergambar di hadapan pesawatnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney, semalam.
— Gambar Reuters TERCAPAI: Curtis-Taylor bergambar di hadapan pesawatnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia