Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita jayakan misi pesawat 1942

-

SYDNEY: Pengembara tegar Tracey Curtis-Taylor, 53, semalam telah menamatkan penerbanga­n epik dari Britain ke Australia, sekali gus berjaya mendaratka­n pesawat vintaj berupa Boeing Stearman 1942 dengan kokpit terbuka di Sydney.

“Saya perlukan minuman,” gurau beliau selepas menamatkan pusingan terakhir perjalanan selama tiga bulan tanpa sebarang masalah teknikal yang besar.

Mengikut jejak langkah penerbang perintis Amy Johnson bagi penerbanga­n solo bersejarah pada 1930 dari England ke Australia, Curtis-Taylor menyatakan perjalanan itu merupakan satu penghormat­an bagi semua juruterban­g wanita.

B e l i a u b e r k a t a , menerbangk­an pesawat kecil kokpit terbuka itu memberikan­nya satu pandangan mengenai sesuatu yang dilaluinya untuk sampai ke sini.

“Penerbanga­n adalah sensasi dan sebab itulah kamu melakukann­ya,” beliau memberitah­u para wartawan di lapangan terbang Sydney sejurus selepas ketibaanny­a.

“Untuk menerbangk­an sesuatu seperti ini, peringkat bawah, separuh jalan mengelilin­gi dunia melihat semua landskap yang paling ikonik, geologi, hutan, merupakan pemandanga­n dan pengalaman terbaik di dunia.”

Curtis- Taylor, yang berlepas dari Cape Town ke Goodwood, England pada 2013, berlepas dari Farnboroug­h pada 1 Oktober, dengan laluan penerbanga­n di sekitar Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Perjalanan hampir 21,000 kilometer itu melihat beliau berhenti di Vienna, Istanbul dan Amman sebelum ke Pakistan, India serta seterusnya ke Myanmar, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Beliau menyeberan­gi Laut Timur ke Australia bulan ini.

Curtis- Taylor berkata, beliau berdepan dengan beberapa keadaan cuaca buruk, kebanyakan­nya di timur Eropah, ketika menerbangk­an pesawat kecil dan mengemudik­annya dengan peralatan asas.

Namun ketika perjalanan itu melibatkan beberapa persinggah­an yang kerap, kebanyakan halanganny­a tidak berkaitan dengan penerbanga­n.

“Saya hilang sabar beberapa kali ketika berurusan dengan orang di darat,” jelasnya sambil menambah beliau menghabisk­an masa tujuh jam ketika cuba mendapatka­n minyak di sebuah lapangan terbang

“Akhirnya saya hanya baring di atas landasan dan tidur dengan kepala beralaskan beg tangan saya.”

Beliau turut menceritak­an pengalaman terbang di Australia, di mana persinggah­annya termasukla­h pekan pedalaman Tennant Creek dan Alice Springs serta terbang merentasi batu monolitik Uluru.

Pesawat itu bagaimanap­un akan dihantar dengan kapal ke Amerika Syarikat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia