Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada enggan beri suaka lelaki kulit hitam AS

-

TORONTO: Sebuah tribunal Kanada telah menolak satu tuntutan bagi status pelarian daripada seorang lelaki Afrika- Amerika yang menyatakan beliau bimbang bagi penindasan dan penderaan polis di Amerika Syarikat berdasarka­n kepada bangsanya, menurut Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada kelmarin.

Ketika menyatakan beliau memang mendapati bahawa Kyle Lydell Canty sebagai memiliki satu kebimbanga­n sebenar untuk pulang ke negara asalnya, hakim Ron Yamauchi menyatakan itu sahaja adalah tidak mencukupi bagi membenarka­n permohonan suaka.

Satu rangkaian kejadian menembak lelaki kulit hitam oleh pihak polis AS sepanjang tempoh 18 bulan lepas telah membawa kepada bantahan yang tersebar meluas dan isu tersebut telah mewujudkan satu pergerakan hak asasi sivil di bawah nama ‘Black Lives Matter’.

“Akta tersebut tidak melindungi pemohon daripada sebarang bentuk layanan buruk penderitaa­n, dan kesusahan,” tulis beliau di dalam keputusan yang bertarikh 3 Disember.

“Ia dianugerah­kan apabila timbul situasi penindasan, yang mana amat berbahaya dan cukup menjejaska­n satu hak asasi manusia.”

Beliau menambah: “Tiada asas penting bagi mempercaya­i bahawa penghantar­an pulangnya ke AS akan menyebabka­n pemohon terbabit secara peribadi terdedah dengan bahaya penyeksaan.”

Canty telah memfailkan permohonan suaka pada September selepas datang ke Kanada sebagai seorang pelancong.

Ia masih belum dapat dipastikan di mana Canty berada. Dia mempunyai hak untuk merayu bagi keputusan tersebut.

“Sekiranya saya menerima satu keputusan yang negatif bagi permohonan suaka itu, saya telah berada 10 langkah di depan ketika proses rayuan saya dilakukan,” tulis Canty pada November.

“Kerajaan AS sering membunuh, menindas dan menganggap sambil lewa terhadap penduduk kulit hitam mereka, dan saya tidak mempunyai niat untuk kembali.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia