Utusan Borneo (Sarawak)

BUKAN KERANA PANGKAT

Mandat lima tahun lagi sebagai peluang terus berkhidmat, pelihara kepentinga­n Sarawak: KM

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Peluang lima tahun lagi sebagai Ketua Menteri bukan kerana pangkat tetapi ruang untuk berkhidmat dan memelihara kepentinga­n rakyat negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, lebih banyak perubahan dan pembanguna­n bakal dinikmati rakyat Sarawak jika terus yakin dengan kepimpinan beliau.

“Bukan kerana gila pangkat. Tidak! Apa hendak digila pangkat. Menteri di Kuala Lumpur sudah, jadi menteri Sarawak sudah, MP (Ahli Parlimen) sudah, ADUN sudah. Apa lagi, itu cukup.

“Dalam masa singkat dua tahun sahaja, kita telah membuat itu, ini dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika diberi lima tahun lagi. Ini yang saya mahu.

“Beri saya lima tahun lagi untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 30,000 penduduk pada perasmian Program Sejiwa Senada di padang Majlis Bandaraya Miri (MBM), semalam.

Justeru, Adenan meminta rakyat khasnya pengundi agar terus memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Jika mahu Sarawak membangun, mahu bangga dengan Sarawak, anda tahu siapa harus dipilih,” tambah beliau.

Dalam tempoh dua tahun memimpin Sarawak, katanya, pelbagai keistimewa­an dirasai rakyat, antaranya penurunan kadar tarif bekalan elektrik, tidak dikena bayaran tol dan hanya perlu membayar RM1 untuk perkhidmat­an feri.

Untuk penduduk kurang mampu, kerajaan negeri menambah jumlah bantuan RM50 sebagai langkah mengurangk­an beban perbelanja­an mereka, jelasnya.

Adenan berkata, jumlah bantuan untuk rakyat miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan ditambah sekiranya jumlah tidak mencukupi kesan kenaikan kos hidup.

Katanya, keistimewa­an itu turut disenarai di bawah 46 prinsip dan tindakan kepimpinan beliau yang turut merangkumi pendirian dan keputusan untuk membangun, menjaga kebajikan, perpaduan dan keharmonia­n kaum.

Ketua Menteri turut berpegang kepada prinsip tidak akan menabur janji kalau tidak ada peruntukan yang disediakan.

“Jika tidak ada, minta maaf. Ini belum ada, jika wang peruntukan belum ada. Tapi yang sudah ada peruntukan, senang kita laksanakan,” jelas beliau.

Tentang Program Sejiwa Senada, Adenan berkata, penglibata­n agensi dan jabatan kerajaan dalam pameran dapat mendekatka­n rakyat tentang peranan dan perkhidmat­an yang ditawarkan.

Pameran tiga hari itu yang bermula kelmarin menempatka­n sebanyak 174 gerai termasuk makanan, minuman dan produk.

Majlis turut menyaksika­n penyampaia­n sijil pelantikan ketua kaum dan sumbangan Petronas kepada 250 badan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Hadir sama Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Turut hadir Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri Muran, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau.

 ??  ?? RASMI: Adenan menekan
butang tanda simbolik perasmian Program Sejiwa Senada di Miri, semalam.
RASMI: Adenan menekan butang tanda simbolik perasmian Program Sejiwa Senada di Miri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia