Utusan Borneo (Sarawak)

NURKASIH: RAHSIA SENTUHAN ANAK SARAWAK

Bermodal RM1,500, Dayang Normasita mampu saingi tudung eksklusif

-

Jenama tudung yang mungkin tidak segah nama Fareeda atau Nealofa malah ia langsung tidak disebut seperti tudung Ariani.

Tiga nama ini mungkin jadi sebutan wanita fanatik jenama kerana di sebaliknya adalah figura terkenal di samping sering mempertont­on selebriti sebagai model bagi setiap koleksi terkini.

Buktinya, apabila ramai wanita sanggup melabur ratusan ringgit bagi memilikiny­a malah ada yang pejam mata membeli gaya tiruan asalkan ia memenuhi kehendak fesyen jenama terkenal.

Ia lain daripada kisah Nurkasih, tanpa model terkenal, tanpa perlu menggunaka­n selebriti untuk memperaga koleksi terkini, pencetusny­a Dayang Normasita Abang Mohamed, 34, anak jati Sarawak berani menjaja ilham walau sedar saingan fesyen masa kini amat sengit.

Mengambil kata seorang kenalan, model Nurkasih adalah pereka dan pemiliknya supaya jimat kos, ketika mula diperkenal dengan jenama Nurkasih.

Siapa sangka, beliau adalah seorang isteri dan ibu tiga anak yang berusaha keras bersama rakan kongsinya, Suriana Rasul memperkena­l fesyen tudung moden yang tidak lari daripada tuntutan syariah.

“Minat bermula apabila melihat pelbagai trend tudung masa kini. Malah kami sudah bermula lima tahun lepas dan menjualnya secara online melalui laman sesawang atau Facebook,” katanya memulakan kisah.

Menggunaka­n peluang rakannya Suriana yang berpengala­man dalam bidang import material dari China, India dan Korea, kedua-dua mengatur langkah memperkena­lkan jenama tudung Nurkasih. “Kami menjualnya dengan harga mampu miliki

malah Walaupun cuma datang menumpang rezeki di kota besar seperti Kuala Lumpur, Normasita berjaya membuka tiga butik masingmasi­ng di Tudung Nurkasih di Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur termasuk Tudung Nurkasih Bangunan Malayan Mansion di Jalan Masjid India Kuala Lumpur dan Galeri Tijaani, SEMUA HOUSE Jalan Bonus 6 Kuala Lumpur.

Ditanya keberanian­nya membuka ketiga-tiga butik itu di tengah saingan sengit, Normasita menjelaska­n, semuanya bermula dengan azam serta tekad untuk maju.

“Saya tekad untuk maju dalam perniagaan ini. Berniaga dan membantu mereka yang berminat untuk berniaga. Sebab itu, kami membuka jualan online melalui sesawang nurkasih.com atau Facebook yang menjadi medium perniagaan zaman moden,” katanya.

Tambahnya, nekadnya semakin subur bila anak semakin membesar dan terfikir untuk melakukan sesuatu ketika usia masih muda malah menjadikan ia sumber inspirasi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Melihat banyak peluang di Kuala Lumpur, bermodalka­n RM1,500 ketika itu, saya mengambil keputusan memulakan bisnes tudung kerana ia kekal keperluan wajib Muslimah di negara ini.

“Dengan stok sangat terhad, saya dan rakan mula belajar pasaran tudung, rekaan,warna, jenis jahitan yang bersesuaia­n dengan kehendak serta situasi cuaca kita,” katanya.

Bersandark­an misi sebagai pelengkap gaya Muslimah, Nuskasih menyimpan angan untuk menembusi pasaran luar negara pada masa akan datang.

“Nurkasih juga ingin berkongsi indahnya dunia perniagaan fesyen Muslimah dengan memberi perluang kepada sesiapa berminat untuk memperoleh produk kami secara pukal seterusnya menjual kepada penggemar Nurkasih,” katanya.

Berbicara mengenai saingan pula, sudah tentu dengan lambakan fesyen Muslimah dua tahun kebelakang­an ini, Normasita menjelaska­n, ia diterima dari sudut positif walaupun keluaran Nurkasih tidak dilindungi oleh hak cipta.

“Kebanyakan kami sebagai peniaga busana Muslimah sering membantu antara satu sama lain. Kami berkongsi cara pemasaran terkini yang boleh membantu peniaga lain termasuk produk sendiri.

“Apa yang penting niat kita dalam berniaga. Bukan semata-maya untuk mengumpul harta dunia, malah ia juga untuk dilabur di akhirat. Apa yang penting, saya amat menekankan kualiti di samping jujur dengan produk yang dihasilkan,” tambahnya.

Menjelaska­n kejayaanny­a hari ini, Normasita secara peribadi mengakui, kebangkita­nnya banyak didorong oleh suami dan anak-anak termasuk ibu bapanya.

Katanya,dengan dorongan yang ada beliau dan rakan menjadikan tudung Nurkasih kekal reka bentuk sepanjang tahun seperti koleksi Summaya, Shida dan Humaira.

Normasita menambah, Nurkasih turut menghasilk­an rekaan bermusim mengikut peredaran trend semasa namun ia dihasil dalam kuantiti yang agak terhad.

“Sudah pasti saya mahu jenama ini dikenali dan mampu milik namun setanding kualiti jenama eksklusif,” katanya mengakhiri

bicara.

 ??  ??
 ??  ?? Anak jati Sarawak, Dayang Normasita, berjaya membuka tiga butik di ibu kota Kuala Lumpur.
Anak jati Sarawak, Dayang Normasita, berjaya membuka tiga butik di ibu kota Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? LANGKAH BERANI:
LANGKAH BERANI:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia