Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih agresif bangun Tebedu

-

KUCHING: Golongan belia diminta lebih agresif dalam menyuaraka­n pandangan, kritikan dan cadangan positif bagi memacu pembanguna­n kawasan Tebedu.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, beliau mahu melihat perubahan pada golongan belia hari ini.

“Belia tidak harus dilihat dan diperhati untuk diubah, baharu berubah. Begitu juga dengan lisan, fikir dahulu supaya apa dibicara betul dan tidak tersilap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguha­n Perhimpuna­n Belia Tebedu 2016.

Manyin berkata, jika sebelum ini belia tidak pernah berubaha, maka hari ini ia perlu berbeza dan harus mengalami perubahan.

Manyin turut menyatakan mengenai perpaduan antara semua kaum Bidayuh di negeri ini selain menekankan kualiti supaya kaun Bidayuh berjaya.

“Sebab itu, perlu difahami bahawa hanya pendidikan yang mampu melahir modal insan berkualiti termasuk mengekalka­n kepimpinan akar umbi yang mantap,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau tidak mahu rakyat menyimpan harapan hanya kepada pemimpin sedia ada sebaliknya mewujudkan harapan itu terhadap pemimpin agar Bidayuh dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Terdahulu dalam ucapannya, Manyin mahu rakyat terus menyokong BN dengan memberi majoriti undi di setiap kawasan Serian supaya pembanguna­n dapat dilaksanak­an.

“Sejak dua tahun lepas Ketua Menteri melaksanak­an pelbagai polisi dan jika kemenangan besar diberi kepada BN maka suara beliau (mewakili suara rakyat) akan didengari di Putrajaya.

“Kita bergantung dengan pengundi di Sarawak, kerana tanpa Sarawak, Putrajaya mungkin akan hilang.

“Kita akan terus mendapat peruntukan sekiranya ketua menteri sedia ada diberi mandat untuk lima tahun lagi,” katanya.

Katanya, Sarawak masih memerlu RM25 bilion melak- sana projek jalan raya berturap sejauh 5,000 kilometer di Lawas, Baram, Kanowit, Julau selain pembinaan lima jambatan bernilai RM10 bilion.

“Harapan ini akan musnah sekiranya rakyat mulai menyokong pembangkan­g,” katanya.

Katanya, walaupun Serian sudah ada bekalan elektrik, talian telefon, jalan raya tapi belum cukup jika dibanding kawasan bandar.

“Kita tidak mahu menjadi penonton tetapi peserta kepada pembanguna­n ini,” ujarnya lagi.

Majlis anjuran Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tebedu itu semalam dihadiri seramai lebih daripada 100 ahlinya di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin, Serian.

Turut hadir sama semalam adalah Timbalan Speaker DUN, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedup, Martin Ben, Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dan Temenggung Bidayuh, Henry Bujang Sadok.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Manyin (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah, Henry Jinep (kanan) sambil diperhatik­an oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBB cawangan Tebedu, Kemin Rantap di Dewan Tayung Langui di Kampung Pichin, Serian semalam.
TERIMA KASIH: Manyin (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah, Henry Jinep (kanan) sambil diperhatik­an oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBB cawangan Tebedu, Kemin Rantap di Dewan Tayung Langui di Kampung Pichin, Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia