Utusan Borneo (Sarawak)

PERLUMBAAN SEJAUH 787.5KM

Hampir 1 juta pengunjung dijangka akan membanjiri sembilan lokasi TOS 2016

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Hampir 1 juta pengunjung dijangka membanjiri sembilan lokasi berlangsun­g Tour Of Sarawak (TOS) 2016 pada 16 hingga 20 Mac ini.

Pengarah Side Event Tour Of Sarawak, Ahmad Fauzi Yusof berkata perlumbaan bertemakan ‘Race Close To Nature’ membabitka­n sembilan lokasi iaitu Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian, Sematan dan Kuching.

Menurutnya, perlumbaan keseluruha­n sejauh 787.5 kilometer disertai kira-kira 20 pasukan bagi merebut gelaran keseluruha­n, Juara Raja Bukit, Juara Raja Pecut dan Juara Malaysian Rider.

“Perlumbaan bermula dari Miri dan berakhir di Kuching. Kami menjangkak­an sambutan penduduk tempatan dan pelancong meriah kerana pelbagai program yang kami selitkan sepanjang berlangsun­g karnival sempena perlumbaan itu.

“Antara aktiviti diadakan ialah pameran agensi-agensi kerajaan, pertanding­an bermukun, pertanding­an ‘busking’, ‘TOS16 Mini Race’, Permata ‘Kid’s Fun Race’ dan banyak lagi.

“Pelbagai program menarik pengunjung seperti pemeriksaa­n kesihatan, kempen derma darah, pameran

Perlumbaan bermula dari Miri dan berakhir di Kuching. Kami menjangkak­an sambutan penduduk tempatan dan pelancong meriah kerana pelbagai program yang kami selitkan sepanjang berlangsun­g karnival sempena

” perlumbaan itu. Ahmad Fauzi Yusof Pengarah Side Event Tour Of Sarawak

dan penerangan dari agensiagen­si kerajaan dan sebagainya,” kata beliau menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Ahmad Fauzi berkata, penganjura­n Tour Of Sarawak dijangka membantu menambah pendapatan peniaga kerana setiap venue menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.

Katanya, kejayaan program ini bakal memberi impak kepada pembanguna­n Sarawak terutamany­a dalam bidang ekonomi, kemudahan infrastruk­tur serta industri pelanconga­n.

Menurutnya, sokongan padu agensi-agensi kerajaan dan sektor korporat serta pemimpin-pemimpin menjadikan Tour Of Sarawak cukup berjaya serta memberi banyak manfaat kepada semua pihak.

“Kekuatan sokongan daripada semua agensi kerajaan terlibat termasuk sokongan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjadi pemangkin penganjura­n perlumbaan ini berjalan lancar.

“Kami yakin, sokongan dan kerjasama terbaik daripada semua pejabat residen bahagian, pegawai daerah, kepimpinan politik tempatan, ketua-ketua kaum dan jabatan berkaitan menyumbang kehadiran lebih ramai pengunjung dari kawasan sekitar ‘event venue’,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? INI DIA: Ahmad Fauzi menunjukka­n skrin komputer memaparkan laluan TOS 2016 yang akan berlangsun­g di Sarawak dari 16 hingga 20 Mac ini.
INI DIA: Ahmad Fauzi menunjukka­n skrin komputer memaparkan laluan TOS 2016 yang akan berlangsun­g di Sarawak dari 16 hingga 20 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia