Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bina struktur mengakibat­kan parit tersumbat

Pembinaan di kawasan perparitan apabila tersumbat boleh mengakibat­kan banjir kilat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pemilik kediaman diingatkan agar tidak membina struktur yang boleh mengakibat­kan sistem perparitan tersumbat di kawasan kejiranan dan penduduk keseluruha­nnya.

Pembinaan haram di kawasan sistem perparitan apabila tersumbat boleh mengakibat­kan banjir kilat.

“Pemeriksaa­n kami pada 22 Disember tahun lalu membawa kepada penemuan sampah terperangk­ap dalam struktur dibina secara haram di pekarangan sebuah rumah di Sungai Plan,” kata Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi di sini.

Katanya BDA mengeluark­an notis ke atas pihak terbabit agar mengalihka­n stuktur yang menghalang aliran air dalam sistem perparitan itu dalam tempoh seminggu.

“Begitupun pasukan penguat kuasa dan infrastruk­tur BDA kembali semula ke tempat itu dan tindakan diambil ialah meroboh dan mengeluark­an struktur binaan haram itu bagi memastikan aliran air bergerak lancar dalam sistem perparitan tersebut.

“Kerja- kerja dijalankan dan tindakan lain dikenakan ke atas pihak terbabit yang perlu membiayai apa juga kos dalam kerja-kerja meroboh struktur haram tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata tindakan mementingk­an diri dan tidak bertimbang rasa individu terbabit amat dikesali penduduk.

“Dengan usaha itu, kami berharap masalah banjir kilat kerap dialami penduduk di kawasan itu dapat diatasi,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut kecewa dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab dua individu menyelongk­ar barangbara­ng buangan di bahagian belakang lori dan kemudian membuang barang tidak dimahukan di atas jalan raya di sini.

“Ia tindakan amat menyedihka­n. Saya rasa adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak sekiranya ingin Bintulu menjadi sebuah bandar bersih dan sihat, tindakan individu

Pemeriksaa­n kami pada 22 Disember tahun lalu membawa kepada penemuan sampah terperangk­ap dalam struktur dibina secara haram di pekarangan

” sebuah rumah di Sungai Plan. Rodziah Morshidi Pengurus Besar BDA

ini perlu ditegur dan perlu sedar perbuatan itu menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata BDA mengatur intipan untuk menang- kap pihak yang bertindak sedemikian dan memberi publisiti meluas terhadap pihak terbabit untuk tatapan umum.

 ??  ?? TERSUMBAT: Sistem perparitan diperiksa BDA didapati tersumbat akibat struktur binaan haram di pekarangan sebuah rumah di Sungai Plan.
TERSUMBAT: Sistem perparitan diperiksa BDA didapati tersumbat akibat struktur binaan haram di pekarangan sebuah rumah di Sungai Plan.
 ??  ?? TINDAKAN: Kerja-kerja mengorek dan meroboh struktur yang mengakibat sistem perparitan tersumbat.
TINDAKAN: Kerja-kerja mengorek dan meroboh struktur yang mengakibat sistem perparitan tersumbat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia