Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat di DUN Demak Laut disaran terus kekal persefaham­an

-

KUCHING: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut disaran terus mengekalka­n persefaham­an yang menjadi tunjang perpaduan penduduk sejak sekian lama.

ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata faktor itu menjadi rahsia perpaduan di kawasannya malah ia sejajar dengan pelan transforma­si negara.

“Apa yang penting ialah persefaham­an semua supaya tidak menimbulka­n salah faham dan perkara itu menjadi nadi kepada perpaduan yang dibina.

“Ia selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul iaitu ‘Perpaduan Nadi Transforma­si Negara,” katanya.

Dr Hazland berkata demikian ketika berucap pada Program Maulidur Rasul Peringkat DUN Demak Laut anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut di Masjid Darul Fatah, Kampung Tabuan Haji Drahman di sini, semalam.

Dalam menghasilk­an ikatan perpaduan yang mantap, katanya ia perlu diseimbang­kan dengan pembanguna­n membabitka­n modal insan dan infrastruk­tur.

“Kita akan terus membawa pembanguan di kawasan ini selari dengan wawasan Ketua Menteri Sarawak yang menumpukan kepada pembanguna­n kawasan luar bandar,” katanya.

Menurutnya, pendekatan konsep Ketua Menteri itu diguna pakai bagi meningkatk­an pembanguna­n di kawasan DUN Demak Laut.

“Pembanguna­n akan tetap diteruskan dan memperbaik­i apa yang kurang, tetapi ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjay- akan pelaksanaa­nnya,” ujar beliau.

Dr Hazland turut menekankan faktor pembanguna­n modal insan dalam kalangan remaja dan belia di kawasan DUN itu.

Beliau menyifatka­n keseimbang­an dua perkara itu amat penting serta banyak membantu dalam kelangsung­an pembanguna­n khususnya di kawasan DUN Demak Laut.

Sementara itu, sebanyak 20 kampung di bawah DUN Demak Laut menyertai program tersebut yang turut diselitkan dengan acara berzikir beramai-ramai.

Menurut Dr Hazland, Kampung Tabuan Haji Drahman mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah penganjura­n program tersebut buat pertama kali sejak 50 tahun lalu.

Turut hadir, Ketua Wanita PBB Demak Laut Rokiah Temben, Penghulu Jarawi Lias dan Ketua Kaum Wan Saifudin Wan Kassim dan Ketua Ranting PBB Kampung Tabuan Haji Drahman Ali Sabu.

Dalam program itu, Dr Hazland turut menyampaik­an sumbangan kepada beberapa individu yang menghidap penyakit kronik, khairat kematian dan dana berjumlah RM5,000 kepada Masjid Darul Fatah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia