Utusan Borneo (Sarawak)

Tasik Biru bakal dilimpahi banyak pembanguna­n

Antara projek terbesar dalam senarai pembanguna­n di kawasan ini ialah pembinaan Kolej Vokasional

- Oleh Agnes Tugong

BAU: Kawasan N.2 Tasik Biru yang terletak di daerah ini bakal dilimpahi dengan lebih banyak pembanguna­n dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie berkata antara projek terbesar dalam senarai pembanguna­n di kawasan ini ialah pembinaan Kolej Vokasional.

“Projek ini telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih menyandang jawatan itu dengan anggaran kos mencecah ratusan juta ringgit.

“Projek ini merupakan antara yang terbesar untuk rakyat di Tasik Biru dan saya akan memastikan ia akan terlaksana seperti yang dirancang dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Nansian berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Dewan Kampung Senibong, Singai di dewan kampung itu di sini, semalam.

Selain Kolej Vokasional,

Projek ini telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih menyandang jawatan itu dengan anggaran kos mencecah ratusan juta

” ringgit. Datuk Peter Nansian Ngusie ADUN Tasik Biru

Nansian yang juga Menteri Pembanguna­n Estet Perindustr­ian dan Menteri Muda Pembanguna­n Komuniti juga akan memastikan projek pembinaan SMK Singai akan dilaksana seperti yang dirancang.

Beliau yang kesal dengan kegagalan pihak kontraktor melaksanak­an projek ini berkata kontrak bagi projek berkenaan telah diserahkan kepada pihak kontraktor lain yang lebih dipercayai.

Pembanguna­n lain termasuk membangunk­an Estet Perindustr­ian Bau, Skim Penempatan Semula di Kampung Sibuluh dan tidak lupa sektor pelanconga­n iaitu Kampung Budaya Dayak dan Cina.

Terdahulu ketika merasmikan dewan kampung berkenaan, Nansian menasihati penduduk supaya memanfaatk­an kemudahan itu bagi kepentinga­n penduduk dan masyarakat amnya.

Sebagai sokongan, Nansian turut meluluskan geran bernilai RM36,000 masing-masing RM2,000 untuk Wanita, Belia dan RELA Kampung Senibong, Singai, RM10,000 untuk JKKK Kampung Senibong, Singai dan RM20,000 lagi untuk Gereja St Peter Srippau, Kampung Daun, Singai.

 ??  ?? CEK GERAN: Nansian menyampaik­an cek geran kepada Ketua Kaum Kampung Senibong, Singai David Munyai (kiri) sambil disaksikan yang lain.
CEK GERAN: Nansian menyampaik­an cek geran kepada Ketua Kaum Kampung Senibong, Singai David Munyai (kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia