Utusan Borneo (Sarawak)

Penan diingat tolak agenda dibangkit pembangkan­g

Pembangkan­g sanggup pergi ke kawasan hulu dan pedalaman untuk mencetus propaganda, kata Dennis

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Masyarakat Penan di Zon Tutoh diingat supaya menolak pembangkan­g serta agenda dibangkitk­an mereka yang bertujuan memancing sokongan dan undi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau menjelaska­n, pembangkan­g sanggup pergi ke kawasan hulu dan pedalaman untuk mencetus propaganda.

“Mereka membohongi penduduk Penan supaya mempercaya­i dakyah mereka. Jika penduduk Penan mempercaya­i dakyah yang mereka sebarkan, mereka akan ketinggala­n di belakang,” katanya.

Jelasnya, Penan akan ketinggala­n jika dibuai dakyah pembangkan­g kerana mereka akan lambat menerima apa sahaja pembanguna­n serta perubahan.

“Bagaimanap­un saya berharap masyarakat Penan hari ini bukan yang dulu, kerana Penan hari ini tidak mudah terperdaya dan tertipu memandangk­an sudah ramai anak-anak Penan kini berpelajar­an yang mahukan kemajuan untuk masyarakat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sukaneka sempena sambutan Krismas anjuran Petronas di Kampung Long Kawa di Tutoh, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Petronas turut menyampaik­an bantuan Hari Krismas berupa makanan asas dan wang tunai kepada enam perkampung­an Penan di kawasan tersebut, terdiri daripada Ba’ Selulong, Long Maraan, Long Kevok, Long Lesuan, Long Ludin dan Ba’ Bareh.

Selain itu, Dennis memohon kepada masyarakat Penan agar memberi kerjasama

Mereka membohongi penduduk Penan supaya mempercaya­i dakyah mereka. Jika penduduk Penan mempercaya­i dakyah yang mereka sebarkan, mereka akan

” ketinggala­n di belakang. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

kepada syarikat yang memberi keuntungan dan faedah kepada masyarakat mereka, seperti Petronas yang menjalanka­n kerja pemasangan paip bawah tanah di kawasan tersebut.

Ini kerana jelasnya, Petronas milik kerajaan 100 peratus dan kerana itu kerjasama erat amat diperlukan bagi melancarka­n kerja- kerja pemasangan dan seterusnya pembanguna­n yang dibawa masuk ke kawasan mereka.

Sementara itu katanya, kerajaan melalui Petronas turut menubuhkan lima bangunan prasekolah untuk masyarakat Penan di Tutoh termasuk di Long Kawa.

Sehubungan itu, Dennis meminta masyarakat di situ memanfaatk­annya dengan menghantar anak mereka menerima pendidikan seawal usia empat tahun. “Ini supaya anak-anak menikmati kemudahan pendidikan seperti kanak-kanak lain di bandar dan di seluruh negeri ini, seterusnya melahirkan generasi baharu Penan yang celik huruf,” katanya.

 ??  ?? SATU HATI: Hasidah (tengah) bersama Pergerakan Wanita PBB Samariang melaungkan kata-kata semangat ‘Hidup PBB’.
SATU HATI: Hasidah (tengah) bersama Pergerakan Wanita PBB Samariang melaungkan kata-kata semangat ‘Hidup PBB’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia