Utusan Borneo (Sarawak)

Hasidah gembira tiada ahli PBB Samariang memboikotn­ya

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali gembira tiada ahli daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Samariang memboikotn­ya.

Setiausaha politik Ketua Menteri itu mendedahka­n bahawa tidak timbul isu ahli PBB daripada DUN Samariang merajuk atau memboikot setiap program yang dianjurkan.

“Oleh itu, saya mengucapka­n tahniah kepada jentera PBB Cawangan DUN Samariang terutama pergerakan wanita kerana mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Jentera Jalinan Rakyat N7 samariang ini.

“Tiada isu tentang untuk tidak datang atau memboikot atau merajuk, saya gembira dengan semangat yang ditunjukka­n oleh pergerakan wanita ini dalam persiapan kita menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan bengkel itu yang dihadiri 66 ketua ranting Pergerakan Wanita PBB Cawangan Samariang di Dewan Pejabat Pusat Khidmat DUN Samariang, Jalan Astana di sini, semalam.

Malah, Hasidah turut mengesa agar jentera PBB Samariang giat merekodkan senarai pengundi di setiap kawasan ranting masing-masing terutama pengundi muda.

“Ini penting agar kita dapat mendekati pengundi kita terutama golongan belia yang mana pada masa kini jumlah pengundi di DUN Samariang adalah seramai 18,694 orang, kebanyakan­nya terdiri daripada golongan yang lahir dari tahun 1980 dan ke atas,” tambahnya.

Selain itu, beliau meminta agar jentera PBB Samariang bijak menangani sebarang isu yang ditimbulka­n supaya rakyat tidak keliru.

“Justeru, saya berharap kita dapat meningkatk­an peratusan jumlah turun mengundi sekurang-kurangnya 70 peratus pada PRN nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan DUN Samariang Hanifah Saed berkata, kawasan itu kini mempunyai lapan Pusat Daerah Mengundi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia