Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta konvoi bermotosik­al promosi Program Sejiwa Senada Sibu

-

SIBU: Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu semalam telah mula mempromosi program dengan mengagih risalah program kepada orang ramai menerusi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Acara pelepasan peserta konvoi disertai lebih 100 peserta telah dilakukan oleh Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Andrew Wong dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi mengetuai konvoi mengelilin­gi bandar Sibu.

Konvoi dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Sibu, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan tujuh kelab sukan permotoran berkuasa tinggi di Sibu.

Hadir sama ialah isteri Hii, Loh Ai Ling dan Pemangku Setiausaha MPS Morshidi Fredrick.

Hii berkata, Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu akan bermula dari 15 hingga 17 Januari di Dataran Bandar Sibu dengan menyasar kehadiran seramai 20,000 pengunjung pada program tiga hari itu.

Tambahnya, program dimeriahka­n dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti rekreasi, pertanding­an, pameran, jualan, pendidikan dan hiburan.

“Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri yang berobjekti­f meningkatk­an keyakinan rakyat kepada kerajaan dan memperkuku­hkan jalinan kerjasama kerajaan dengan rakyat.

“Selain itu, program bertujuan menyampaik­an perkhidmat­an terus keada rakyat,” jelasnya ketika ditemui pemberita.

Program hari pertama (15 Januari) dimeriahka­n dengan pameran pembanguna­n oleh agensi dan jabatan kerajaan, pertanding­an e- peraduan, persembaha­n Pentas Rakyat, pertanding­an karaoke dan persembaha­n artis jemputan.

“Majlis praperasmi­an Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada jam 4 petang,” katanya.

Persembaha­n artis jemputan khas Noh Hujan, Datuk Jamal Abdillah dan Ester Chian memeriahka­n hari kedua program pada 16 Januari.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan menyempurn­akan majlis perasmian Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu,” ujar Hii.

Program diteruskan dengan sesi ceramah di RH Hotel, Seminar Pembanguna­n dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).

Selain itu, turut diadakan pertanding­an mewarna, pertanding­an bercerita, pertanding­an mengubah bunga, ‘ car autoshow’, pertanding­an jejaka tampan dan hiburan bermukun.

Hari terakhir program (17 Januari) dimeriahka­n dengan senamrobik, Larian Sejiwa Senada, ‘ Sibu Fun Run’, sukan rakyat (bola keranjang, ‘ streetsocc­er’, ‘ wall climbing’), pertanding­an Miss Cheongsam dan Ratu Kebaya.

“Majlis penutupan program akan dilakukan oleh Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Dato Sri Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia