Utusan Borneo (Sarawak)

Tarian 400 penari berjaya mengumpul kutipan derma RM14,000

-

KUCHING: Program SHINE Danceathon yang merupakan satu program amal berkonsepk­an tarian telah diadakan di pusat beli-belah CityOne malam kelmarin.

Program julung kalinya oleh Purple Lily dan OurYouth. my ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 400 penari yang menari secara beramai-ramai selama tiga jam bagi mengutip derma.

Antara penari yang terlibat termasuk penari daripada 10 studio tarian yang tidak as- ing lagi iaitu Studio 23, Soul Dance, Gym Box, Exhilarate Fitness Studio, La Danse Studi (Sarawak), Tyng Dance Academy, Shake it Studio, Fit Aerobic & Dance Academy, Lis Dance Studio dan Right Steps.

Dalam ucapannya, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyatakan rasa gembira melihat begitu ramai golongan muda hadir menjayakan program amal berkenaan.

“Ini merupakan pendeka- tan yang kreatif untuk kita menarik penglibata­n orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik dalam satu program dengan satu tujuan,” katanya.

Dalam pada itu program itu telah berjaya mengumpul kutipan derma sebanyak RM14,000 untuk disumbangk­an kepada Purple Lily yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam memperkasa­kan golongan wanita di sini.

Program ini turut mendapat tajaan dan kerjasama daripada Lea Sports Centre, The Shine Pharmacy, Medi Beauty, The Body Shop, LEEMA, Hilton Kuching, HIP Casual Dining, Supermain, Merdeka Palace, Aiman Batang Ai Long House Resort, Data Print Centre dan Full House.

Turut hadir pengasas dan pengarah OurYouth. my Datuk Patrick Liew, Presiden Purple Lily Suraya Bujang, Pengarah Urusan Kenbest Sdn Bhd Stephen Yong serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia