Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita peminjam AIM positif dan perlu dicontohi

-

SIBU: Golongan wanita merupakan peminjam yang terbaik di mana sikap positif tersebut harus dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurut Pengerusi Negeri Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak ( PPWS) Norjanah Razali, apabila golongan wanita meminjam daripada mana-mana institusi kewangan, mereka dapat membayar balik dengan jayanya.

“Contohnya di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), terbukti wanita dapat membayar balik dengan lebih 90 peratus, bermakna dapat meminjam dan membayar balik dengan baik sekali.

“Daripada 380,000 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, hampir semua terdiri daripada golongan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra PPWS sempena Karnival Mini PPWS 2016 di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabur (MUC) di sini, malam kelmarin.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dayang Normaliza Pengiran Awang Tambi iaitu isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Hadir sama ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Pengerusi PPWS Kawasan Sibu/ Sarikei/ Kapit Ummu Hani Junaidi merangkap pengerusi pengelola, Exco Kawasan Sibu/Sarikei/Kapit Datin Mary Masing dan Pengerusi PERKEP Noor Zulenah Mat.

Di samping itu, beliau turut menyeru golongan wanita terutama ahli-ahli PPWS di negeri ini supaya bergiat aktif dalam sektor keusahawan­an agar ekonomi keluarga dapat ditingkatk­an dan mereka dapat mengharung­i cabaran kenaikan kos sara hidup masa kini.

“Kita menyedari situasi ekonomi pada masa kini kurang memberangs­angkan, tetapi tidak bermakna kita harus berdiam diri, sebaliknya lebih bergiat aktif supaya mampu mengimbang­i pendapatan ekonomi kita.

“Usahawan wanita harus fokus dalam perniagaan, tidak mudah putus asa dan jangan terlalu bergantung kepada bantuan orang lain serta yakin pada diri sendiri,” tegasnya.

Norjanah memberitah­u, PPWS sentiasa menggalakk­an pengambila­n ahli baharu, di mana terdapat kira-kira 13,000 ahli PPWS di seluruh Sarawak pada masa ini.

Sementara itu, majlis pada malam tersebut telah berlangsun­g dengan penuh meriah yang diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya ialah tarian, karaoke, cabutan bertuah, perasmian Jogaton 2016 dan pertanding­an Ratu ‘Glamourous’ PPWS.

 ??  ?? BERBAKTI UNTUK PPWS: Norjanah (kanan) menyerahka­n kotak berisi kad Jogaton 2016 kepada salah seorang pengerusi PPWS di Sibu, sambil disaksikan Dayang Normaliza (dua kanan) dan yang lain.
BERBAKTI UNTUK PPWS: Norjanah (kanan) menyerahka­n kotak berisi kad Jogaton 2016 kepada salah seorang pengerusi PPWS di Sibu, sambil disaksikan Dayang Normaliza (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia