Utusan Borneo (Sarawak)

PEKEMA optimis tingkat jualan kenderaan import

Ahli PEKEMA diyakini mampu hadapi cabaran ekonomi global tidak menentu pada masa kini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak optimis dapat meningkatk­an kadar jualan kenderaan import pada tahun ini.

Presidenny­a Datuk Abang Khalid Abang Marzuki berkata, meskipun berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa kini, beliau yakin setiap ahli PEKEMA di Sarawak mampu berhadapan dengan cabaran tersebut.

“Kita tidak putus harapan meskipun terdapat penurunan jualan pada 2014 dan 2015 tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam perniagaan kenderaan import tetapi kita yakin setiap ahli PEKEMA mampu mengharung­i tahun baharu ini ke arah yang lebih baik lagi,” katanya. Beliau berkata demikian keti- ka ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Sumbangan kepada 107 pelajar kurang berkemampu­an dari sekitar bandar raya Kuching di pejabat PEKEMA, Jalan Green di sini, semalam.

Pada masa sama Abang Khalid berkata PEKEMA Sarawak gembira dengan pengumuman Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) untuk meneruskan Dasar Permit Import (AP) Terbuka kenderaan import terpakai.

“Alhamdulil­lah kita telah selamat dan kita amat berterima kasih kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana dasar AP ini dapat diteruskan tanpa ada tempoh had yang ditetapkan,” tambahnya.

Beliau berkata pengumuman itu membuka ruang dan membantu pengusaha serta peniaga kenderaan import meneruskan perniagaan mereka.

Kita tidak putus harapan meskipun terdapat penurunan jualan pada 2014 dan 2015 tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam perniagaan kenderaan import tetapi kita yakin setiap ahli PEKEMA mampu mengharung­i tahun baharu ini ke

” arah yang lebih baik lagi. Datuk Abang Khalid Abang Marzuki Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak

Sehubungan itu, beliau meminta agar Bank Negara membuka ‘pintu’ dalam memudahkan proses permohonan pinjaman bagi kenderaan import.

Mengenai penyampian sumbangan itu, Abang Khalid menjelaska­n bahawa ia adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat Yayasan PEKEMA Sarawak untuk membantu golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya ini.

“Dalam keadaan ekomomi yang sukar, kami tampil membantu meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an dalam membuat persiapan sekolah anak-anak mereka,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Presiden PEKEMA Ismail Abang Saufi, Setiausaha Kehormat PEKEMA Kaunselor Tapah Ata dan ahli PEKEMA yang lain.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Khalid (duduk, barisan empat kanan) ditemani Tapah (duduk dua kiri) dan Ismail merakam kenangan bersama pelajar.
TERIMA KASIH: Abang Khalid (duduk, barisan empat kanan) ditemani Tapah (duduk dua kiri) dan Ismail merakam kenangan bersama pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia