Utusan Borneo (Sarawak)

Phantom tampil rupa lebih kukuh, lasak, kemas

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Mitsubishi Triton Phantom yang diperkenal­kan oleh Mitsubishi Motors kini menampilka­n rupa yang lebih kukuh dan lasak namun lebih kemas bakal memberikan pemanduan yang berbeza bagi penggemar kenderaan pacuan empat roda (4WD) tersebut terutama untuk pemanduan di kawasan bandar.

Dengan memiliki rim aloi hitam matte 17 inci serta jeriji hitam matte bahagian depannya memperliha­tkan rupa kenderaan itu lebih garang dan agresif.

Ciri-ciri yang turut melengkapi­nya ialah ` Sports Bar’ dengan ` Full Box’ serta bampar belakang hitam matte menyerlahk­an lagi profil lasaknya.

Ditawarkan hanya untuk 200 unit yang terhad, Pengurus Jualan Jimisar Automotive Sdn Bhd yang merupakan pengedar sah kenderaan Mitsubishi, Tommy Ting Ding Wee berkata, model baharu kenderaan itu didatangka­n dengan warna hitam sepenuhnya serta aksesori untuk melengkapk­an ciri-ciri lasak berdasarka­n kepada varian Triton VGT Adventure.

Katanya kenderaan itu ditawarkan dengan harga RM117,180.66 tanpa insurans dengan penyelengg­araan percuma dua tahun, rebat tunai RM2,000 atau percuma untuk caj buruh dengan rebat tunai RM4,000, jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer yang pertama.

“Ciri-ciri lain ialah punat tekan penghidup, operasi tanpa kunci, stering teleskopik dan kecondonga­n, penganjak alihan untuk kawalan manual daripada transmisi automotik seperti yang dikehendak­i oleh pemandunya.

“Ia turut mempunyai pemilih 4WD, sistem audio sesentuh dengan kamera undur, lampu depan auto, pengelap cermin depan dan zon dwikawalan suhu.

“Triton Phantom digerakkan oleh enjin 2.5 liter 4 silinder dengan Intercoole­d Variable Geometry Turbo (VGT) menawarkan prestasi tinggi dengan penggunaan bahan api tinggi yang ekonomi.

“Kenderaan i n i memiliki teknologi Double Overhead Cam ( DOHC) 16 valve enjin turbodiese­l dengan sistem common-rail mampu menghasilk­an 178 PS dengan kuasa tork 4,000 rpm dan 400 Nm pada 2,000 rpm (50 Nm lebih tork sebelum ini) untuk memberikan Triton prestasi yang lebih kuat dalam mana-mana keadaan,” tambahnya.

Jelasnya, Triton Phantom juga didatangka­n dengan radius membelok 5.9 meter, memi- liki transmisi automatik lima kelajuan dengan `sport mode’ yang cekap, pilihan sistem 4WD yang mudah akan menghantar kuasanya ke depan dan belakang gandar.

Katanya pilihan sistem 4WD yang mudah juga terus dipertingk­atkan sejak dua dekad dan mampu mengendali­kan tork peringkat tinggi.

Menurutnya, kenderaan itu tu- r u t dilengkapi bam- p a r penyambung de - pan, lampu depan Xenon HID untuk lampu siang atau `Day Time Running Lights (DRL)’, pelekat dan pelekat khas badan Phantom serta kerusi kulit hitam Phantom.

Seperti juga model-model kenderaan Mitsubishi lainnya, prestasi keselamata­n yang tinggi menjadi keutamaan dan semua Triton baharu diperkukuh­kan oleh impak evolusi keselamata­n atau `Reinforced Impact Safety Evolution’ ( RISE) untuk pembinaan badannya yang mana menggunaka­n keluli te

gangan tinggi yang berkesan menyerap dan menyebar tenaga semasa kemalangan daripada semua arah serta mengurangk­an berat keseluruha­nnya.

“Bar impak telah ditambah dalam pintu untuk perlindung­an tambahan terhadap perlanggar­an sampingan,” ujarnya.

Keselamata­n lain yang melengkapi kenderaan itu adalah mengikut piawaian di seluruh julat merangkumi dwibeg udara SRS, ruang pemandu boleh lipat dan antipencer­obohan pedal brek, brek antikunci (ABS) dengan brek elektronik pengagihan kuasa (EBD) juga disediakan. EBD mencegah daripada kemungkina­n tergelinci­r apabila bahagian belakang

ringan dan roda mungkin terkunci dalam keadaan licin semasa membrek.

Diimport sebagai kenderaan yang dipasang sepenuhnya atau Completely BuildUp ( CBU) daripada hab keluaran global Mitsubishi Motors di Thailand, semua Triton baharu turut mempunyai lima varian lain untuk pasaran Malaysia. Harga berikut (tanpa insurans termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) untuk pendaftara­n persendiri­an) adalah seperti semua Triton baharu di Sarawak. Triton VGT Ad

ven- ture Automatic berharga RM111,718.46 dengan pilihan warna `Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid’; Triton VT Automatic ( RM100,049.18); Triton VGT Manual ( RM93,614.54) ( Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black); Triton Manual (RM84,662.58) dan Triton Quest (4x2) (RM68,576.08) (Sterling Silver, White Solid).

Kenderaan itu boleh didapati di Bilik Pameran Jimisar Automotive Sdn Bhd di Lot 4204 dan 4205, Parkcity Commercial Centre Phase 6 Bintulu.

 ??  ?? MENARIK: Rupa bahagian hadapan Triton Phantom.
MENARIK: Rupa bahagian hadapan Triton Phantom.
 ??  ?? LASAK: Mitsubishi Triton Phantom.
LASAK: Mitsubishi Triton Phantom.
 ??  ?? GARANG: Jeriji hitam matte bahagian depannya menyerlahk­an rupa Triton Phantom lebih garang dan agresif.
GARANG: Jeriji hitam matte bahagian depannya menyerlahk­an rupa Triton Phantom lebih garang dan agresif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia