Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK harus pantau masalah dihadapi anakanak buah

-

SRI AMAN: Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis menggesa Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) memainkan peranan memantau masalah dihadapi anak-anak buah mereka.

Menurutnya, peranan mereka bukan setakat memimpin anak-anak buah malah perlu bergerak aktif memajukan kampung masing-masing.

“Saya tidak mahu JKKK di kawasan ini tidak melakukan sebarang perubahan dan pembanguna­n di kampung masing-masing.

“Kalau kampung dan rumah panjang sentiasa membangun dan berubah menunjukka­n JKKK tersebut sentiasa bergerak aktif,” katanya pada Program MEMBARA Semarak Kejiranan di Rumah Abang, Kampung Kedang di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, selain memikirkan pembanguna­n kampung JKKK harus memainkan peranan menceriaka­n kampung dengan semangat bergotong-royong.

Ha r d e n tu r u t menekankan sokongan rakyat berterusan dengan kerajaan amat diperlukan dan mampu merancakka­n pembanguna­n negeri ini.

“Rakyat harus bersyukur dengan nikmat pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan di seluruh negeri ini,” jelasnya.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Richard Tawan Sedu, Pegawai Bomba Sri Aman Jilin Itar, Pegawai JASA DUN Simanggang Vincent Roy Muda, Kapitan Kuek Aik Seng, Penasihat Pemuda SUPP Simanggang Patrick Michael Dian dan Ketua Pemuda SUPP Simanggang Empaga Bailey.

Pada majlis itu, Harden mengumumka­n peruntukan berjumlah RM20,000 kepada JKKK dan RM3,000 kepada Biro Wanitanya.

Dalam pada itu, Bomba Sri Aman turut menyampaik­an sebanyak lima unit alat pemadam api kepada JKKK rumah panjang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia