Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n terus ke Sibu, kempen 300,000 tandatanga­n akan dilancar

-

SIBU: Satu kempen mendapatka­n 300,000 tandatanga­n dilancar tidak lama lagi untuk meyakinkan syarikat penerbanga­n supaya memperkena­l penerbanga­n terus ke Sibu terutama antara Sibu-Kota Kinabalu, Sibu- Singapura dan SibuFuzhou.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, langkah itu lebih penting untuk mengukuh hubungan udara terutama dengan kedatangan Tahun Melawat Sibu 2017.

Sibu sebagai pintu masuk untuk wilayah tengah negeri ini, Wong memberitah­u, tanpa hubungan langsung dengan dunia luar hampir mustahil mempromosi pelanconga­n.

“Kita berharap untuk mencapai sasaran mengumpul kira- kira 300,000 tandatanga­n. Ini akan dilakukan oleh Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS). Ini adalah sebahagian aktiviti untuk mendekati rakyat,” ujarnya.

Bagaimanap­un, Wong berkata terdapat keperluan untuk meyakinkan Kementeria­n Pengangkut­an untuk memberikan hak kepada syarikat penerbanga­n melakukan penerbanga­n terus ke Sibu.

Wong berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Makan Malam Tahunan dan Malam Penghargaa­n MPS di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Dalam ucapannya, Wong menekankan kepentinga­n untuk memastikan Sibu sebuah bandar yang bersih dan kondusif dan mencadangk­an MPS berusaha melakukan yang terbaik untuk menjadikan Sibu yang lebih menghijau dan bersih.

Beliau berkata mendiang Lee Kuan Yew telah memulakan kempen hijau dan bersih pada 1970 dan akhirnya telah berjaya mengubahka­n Singapura kepada Garden City of the East.

“Saya yakin usaha bersepadu antara komuniti Sibu dan MPS sebagai barisan hadapan yang memberi perkhidmat­an perbandara­n dapat mencapai apa yang telah dicapai oleh Singapura,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong dan Setiausaha MPS Morshidi Fredrick.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Wong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tiong (dua kanan) manakala Andrew (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Annuar (dua kiri). Turut kelihatan Morshidi (kanan).
TERIMA KASIH: Wong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tiong (dua kanan) manakala Andrew (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Annuar (dua kiri). Turut kelihatan Morshidi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia