Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan tapak pelupusan sampah dibantah

Tapak pelupusan sampah terlalu dekat dengan kawasan perkampung­an penduduk

- Oleh Ambrose Rirang

Saya mewakili penduduk rumah panjang Sebungan termasuk Maskat dan Pandan bimbang dengan pembinaan tapak pelupusan sampah di kawasan ini kerana terlalu dekat dengan kawasan

“rumah panjang Sebungan dan daerah Sebauh.

SEBAUH: Lebih 20 ketua masyarakat kawasan Sebungan dan Pandan mewakili sekitar 2,500 penduduk kawasan itu mengadakan protes aman membantah projek pembinaan tapak pelupusan sampah seluas 300 hektar di kawasan tersebut semalam.

Bantahan itu dibuat berikutan kontraktor bagi kerjakerja pembersiha­n tapak pelupusan sampah itu masih meneruskan kerja- kerja mereka meskipun mendapat bantahan keras daripada penduduk di kawasan terbabit.

Tuai Rumah Limin Anai, 47, yang turut menyertai protes itu di jalan masuk menuju ke tapak pelupusan sampah itu, berkata projek pembinaan harus dihentikan serta-merta kerana tapak pelupusan sampah terlalu dekat dengan kawasan perkampung­an mereka.

“Saya mewakili penduduk rumah panjang Sebungan termasuk Maskat dan Pandan bimbang dengan pembinaan tapak pelupusan sampah di

Limin Anai Tuai Rumah

kawasan ini kerana terlalu dekat dengan kawasan rumah panjang Sebungan dan daerah Sebauh,” katanya di sini, semalam.

Sambil menyifatka­n beliau tidak membantah projek kerajaan itu, Limin meminta agar kawasan lain lebih strategik perlu difikirkan supaya tidak menimbulka­n masalah kepada penduduk.

Jelasnya, sisa domestik dan industri sudah pasti mengalir ke Sungai Sebungan dan Sungai Kemena yang sememangny­a masih digunakan penduduk untuk mendapatka­n sumber seperti ikan dan udang.

“Saya khuatir sekiranya projek pelupusan sampah dilaksanak­an di kawasan Sebungan dan Pandan akan memberi impak negatif kepada penduduk di kedua-dua kawasan ini serta berdekatan kerana kebanyakan sisa buangan dilupuskan di tapak itu adalah sisa industri,” ujarnya.

Katanya tapak pelupusan sampah itu berhampira­n kawasan perkuburan lama, tidak jauh dari tapak berkenaan.

Beliau turut berharap masalah itu diambil perhatian pihak atasan bagi memastikan ia dapat diselesaik­an secepat mungkin.

Limin berkata laporan polis telah dibuat di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu jam 3.45 petang Sabtu lalu bagi membolehka­n tindakan selanjutny­a dijalankan.

 ??  ?? MINUM PETANG: Tetamu bersama pada majlis minum petang di Sibu semalam.
MINUM PETANG: Tetamu bersama pada majlis minum petang di Sibu semalam.
 ??  ?? HENTIKAN SEGERA: Tuai Rumah Marepat Sekeran dari Sebungan bersama ketua masyarakat lain ketika ditemui semalam.
HENTIKAN SEGERA: Tuai Rumah Marepat Sekeran dari Sebungan bersama ketua masyarakat lain ketika ditemui semalam.
 ??  ?? TAJAAN: Jong (kanan) meyampaika­n rakaman gambar program CWB ketiga kepada Mancha di Bintulu semalam.
TAJAAN: Jong (kanan) meyampaika­n rakaman gambar program CWB ketiga kepada Mancha di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia