Utusan Borneo (Sarawak)

RM47,300 disumbangk­an penganjur berjalan amal kepada SOS Kids

-

KUCHING: S e b a n y a k RM47,300 telah disumbangk­an oleh penganjur ‘Charity Walk with Happy 2016’ kepada badan kebajikan Society of Critically Sick Children (SOS Kids) semalam.

Pengerusi penganjur acara tersebut, Alex Lee Choon Foh berkata jumlah kutipan tersebut semakin bertambah daripada tahun lepas yang hanya berjumlah RM30,000 dengan penyertaan seramai 1,535 orang.

“Kita galakkan semua masyarakat untuk memulakan cara gaya hidup yang sihat sambil membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Charity Walk with Happy 2016’ di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan turut menyatakan bahawa beliau amat menggalakk­an penganjura­n acara kesihatan oleh setiap peringkat umur dan agama di seluruh kawasan bandar.

“Anda yang hadir hari ini adalah seorang yang kaya, kaya dari segi kesihatan kerana wang tidak dapat membeli kesihatan dalaman seseorang.

“Sekarang kita beri ruang untuk digunakan secara percuma kepada kumpulan, pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menganjurk­an acara kesihatan.

“MBKS menyediaka­n kemudahan untuk digu- nakan warga bandar raya dan mereka berikan kepada badan kebajikan.

“Banyak bandar- bandar lain di luar negara belum pernah melaksanak­an apa yang kita lakukan di Kuching.

“Jadi kita berkongsi idea ini untuk menggabung­kan pertubuhan bukan kerajaan, korporat dan pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan penganjura­n acara kesihatan,” tambahnya.

Ia juga salah satu kaedah agar pihak MBKS tidak perlu mengeluark­an dana untuk menganjurk­an apa sahaja acara dan secara automatik warga Kuching akan berkumpul dan menyertai acara sedemikian.

Ia adalah permulaan yang baik selain bertujuan baik bagi membantu badan kebajikan di sini, ujarnya. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lian Hua Seng Companies Chew Chiaw Han, Pengerusi Lian Hua Seng Companies Chew Chee Heng dan Ketua Pegawai Pentadbira­n Lian Hua Seng Group of Companies Chew Miaw Ee.

Tetamu jemputan ialah Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dan Pengarah TEA fm Chia Chiew Boon.

 ??  ?? HIDUP SIHAT: Chan (empat kiri) dan Roslan (tiga kiri) bersama penganjur melepaskan peserta ‘Charity Walk with Happy 2016’ di pekarangan MBKS di Kuching semalam.
HIDUP SIHAT: Chan (empat kiri) dan Roslan (tiga kiri) bersama penganjur melepaskan peserta ‘Charity Walk with Happy 2016’ di pekarangan MBKS di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia