Utusan Borneo (Sarawak)

IIC pupuk persahabat­an dengan organisasi berasas agama, masyarakat

-

SIBU: Pusat Maklumat Islam (IIC) membuka tirai 2016 dengan memupuk persahabat­an dengan organisasi-organisasi berasaskan agama dan masyarakat di Sibu menerusi Majlis Minum Petang dan Himpunan Tahun Baharu 2016 di sini, semalam.

Kira-kira 50 tetamu terdiri daripada ahli pelbagai organisasi agama dan masyarakat di Sibu hadir pada majlis tersebut.

Antaranya ialah Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu, Kuil Sri Mariamman Sibu, Komuniti Sikh Sibu, Persatuan Buddha Sibu, Persatuan Pengajaran Confucius dan Men- cius Sibu, Methodist Pilley Institute, Sekolah Teknologi Methodist, Pejabat Agama Sibu, PERKIM Cawangan Sibu, Masjid An Nur Sibu dan Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Sibu.

Berucap pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIC Zabariah Matali berkata program itu bertujuan mengukuhka­n hubungan dan memupuk persahabat­an pelbagai organisasi berasaskan agama dan komuniti di sini.

“Ini merupakan program pertama kami adakan di luar kawasan Kuching. Saya percaya program tidak rasmi seumpama ini memberi pel- uang dan ruang untuk berhubung serta menyumbang ke arah persefaham­an lebih baik dan saling menghormat­i,” katanya.

Menurut Zabariah, IIC sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama dan hubungan dengan manamana organisasi lain di negeri ini.

Tambahnya, maklum balas hasil program serta aktiviti dianjurkan IIC amat penting supaya penganjura­n akan datang memberi manfaat lebih baik.

“Aktiviti kami bukan bersifat ‘syok sendiri’ kerana itulah banyak aktiviti melibatkan kerjasama dengan organisasi lain.“Kami juga terbuka menerima cadangan dan pandangan daripada mereka,” jelasnya.

Di samping itu, IIC merangka pelbagai program 2016 terutama musim perayaan seperti Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Puasa.

Hadir sama Pengerusi ASC Cawangan Sibu Venerable Archdeacon Canon Jamal Senada, Presiden Kuil Sri Mariamman Sibu Manogaran Krishnasam­y, Presiden Komuniti Sikh Sibu Jagjiwan Singh, Pengetua MPI Judy Wong dan Pengerusi Jawatankua­sa Masjid An Nur Sibu Latif Coupon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia