Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan Sakura Ferroalloy­s bersih Pantai Tanjung Batu

-

BINTULU: Kakitangan Sakura Ferroalloy­s Sdn Bhd mengorbank­an cuti hujung minggu mereka apabila mengambil inisiatif wajar dicontohi penduduk dengan membersih persekitar­an Pantai Tanjung Batu kelmarin.

Kerja-kerja membersih pantai Tanjung Batu secara bergotong- royong yang bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu turut disertai Pengurus Besarnya Chris Rowe termasuk isteri dan lima anaknya yang dalam percutian singkat ke Bintulu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Rodziah Morshidi bersama Penolong Pengurus Besar (Khidmat Alam Sekitar) Wan Ibrahim Wan Ali dan Pengurus Kebersihan Alam Sekitar Perkhidmat­an Perbandara­n (PERBINDA) Mohamed Ansari Mohd Syed Ahmad turut meninjau usaha dibuat kakitangan syarikat terbabit termasuk bertemu Chris Rowe.

Rodziah menyatakan rasa terima kasih atas inisiatif yang dilakukan syarikat Sakura Ferroaloys Sdn Bhd tersebut.

“Bercuti dengan melakukan kerja gotongroyo­ng membersih pantai awam merupakan cuti yang amat bermakna buat kakitangan terbabit serta inisiatif dilakukan Chris sebagai seorang pengarah operasi sebuah syarikat,” katanya.

Beliau berkata sebelum memulakan operasi kerja dalam syarikat usaha seumpamany­a merupakan pendekatan terpuji dilakukan kakitangan terlibat dalam kerja-kerja komuniti.

“Saya berterima kasih kepada Pengurus Sumber Manusia Sakura Ferroalloy­s Abdul Azid Allan yang memastikan kerja gotong- royong terbabit dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“BDA amat menghargai usaha seumpamany­a sekali gus mengalu-alukan penglibata­n semua pihak menganjurk­an program sama melibatkan kerja-kerja pembersiha­n persekitar­an dalam usaha menjadikan Bintulu lebih baik,” jelasnya.

Sakura Ferroalloy­s Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar mangan fero karbon dan silico-mangan beroperasi di Taman Perindustr­ian Samalaju, merupakan pembekal produk itu kepada pasaran antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia