Utusan Borneo (Sarawak)

Saya sendiri akan bela nasib pelajar yang lapar: Idris

-

SMKA Wataniah, Besut.

“Begitu juga Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tengku Mahmud 2, Besut; SMK Pelagat, Besut dan SMK Wakuba, Tawau, Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan makmal sains berkenaan kepada SMK Tengku Mahmud 2, dekat sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiusaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku Mahmud 2, Che Zainon Che Salleh.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata makmal sains canggih itu juga mampu dibina dalam tempoh singkat iaitu tidak sampai sebulan berbanding tempoh biasa.

“Kos pembinaan makmal sains itu berjumlah RM162,704 setiap sebuah iaitu jauh lebih murah berbanding RM300,000 ( jika menggunaka­n kaedah konvension­al).

“Ia dibina hasil penggabung­am kepakaran KPT dengan Kementeria­n Pendidikan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) dan Program Inisiatif Libat Sama (PILS),” katanya.

Antara keistimewa­an yang terdapat pada makmal sains itu ialah bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pembelajar­an subjek sains malah mata pelajaran lain iaitu biologi, fizik, kimia, matematik selain boleh digunakan untuk bermesyuar­at.

Katanya, makmal itu juga dilengkapi dengan papan putih pintar, kebuk wasap tanpa saluran yang lebih fleksibel dan ia mudah diurus yang merupakan hasil kerjasama 20 pensyarah pakar dari universiti awam dan politeknik. — Bernama BESUT: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan akan memastikan nasib pelajar di universiti awam yang mempunyai masalah kewangan hingga menyebabka­n mereka kelaparan akan terbela.

Beliau juga pada masa sama telah mengeluark­an arahan kepada pihak pentadbira­n universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA) mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

“Saya sendiri bagi komitmen akan memastikan jika ada pelajar yang lapar saya sendiri pastikan mereka tidak akan berlapar lagi.

“KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajarpel­ajar yang lapar dan tidak dapat makan sila buat aduan kepada KPT dan pihak universiti, insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan perasmian Makmal Sains NBOSPILS KPT kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, dekat sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Pen- garah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku Mahmud 2, Che Zainon Che Salleh.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mengambil maklum isu pelajar terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi adalah isu yang besar dan kini isu berkenaan menjadi viral di laman media sosial Facebook.

Bagaimana pun katanya isu tersebut tidak wajar diperbesar­kan di media massa memandangk­an pihak KPT dan universiti sentiasa mengutamak­an kebajikan para pelajar dan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu dan membela nasib pelajar yang terlibat.

Beliau juga sekali lagi menegaskan terdapat pelbagai bentuk pembiayaan yang disediakan bagi membantu kewangan para pelajar seperti Tabung Pendidikan Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), kad siswa, zakat, tabung kebajikan dan wakaf.

“Peluang pekerjaaan dalam kampus turut diwujudkan dengan kadar RM3 hingga RM10 sejam seperti menjadi tutor atau bekerja di kafe. Jadi saya harap tidak ada pihak yang memanipula­si isu ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia