Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera lumpuh dapat bantuan katil

-

TASEK GELUGOR: Penderitaa­n seorang bekas tentera, Bakar Saad, 87, yang lumpuh seluruh badan sejak dua tahun lepas, mendapat perhatian Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya yang tampil menyumbang­kan katil boleh laras untuk kemudahann­ya semalam.

Menurut isteri Bakar, Norsiah Said, 74, suaminya sebelum ini hanya lumpuh separuh badan selepas diserang strok pada 2010, bagaimanap­un setelah terjatuh dua tahun lepas, dia menjadi lumpuh seluruh badan dan hanya terbaring di atas katil.

“Alhamdulil­ah dan terima kasih kepada Datuk Shahbudin kerana sudi memberi bantuan katil boleh laras ini bagi memudahkan menguruska­n pak cik terutama untuk bagi dia mandi dan makan.

“Kalau tidak, mak cik kena tunggu anak-anak atau cucu datang rumah untuk mandikan pak cik kerana susah nak angkat,” katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan daripada Shahbudin di kediamanny­a di Pokok Sena, semalam.

Norsiah yang mengalami darah tinggi dan sakit lutut berkata mereka bernasib baik kerana suaminya menerima pencen sebagai bekas tentera sebanyak RM500 sebulan.

“Perbelanja­an lampin pakai buang dan duit ubat suami sahaja lebih RM400 sebulan dan nasib baik juga anak cucu bantu kami,” ibu kepada empat anak berusia antara 48 hingga 60 tahun itu.

Sementara itu, Shahbudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, berkata pihaknya turut menyumbang­kan lampin pakai buang setiap bulan untuk meringanka­n beban pasangan itu.

“Pihak kami prihatin dengan setiap permasalah­an masyarakat di Tasek Gelugor dengan menghulurk­an bantuan seumpama itu kepada mana-mana individu memerlukan khususunya mereka yang menghidap penyakit kronik dan kurang berkemampu­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia