Utusan Borneo (Sarawak)

Masing digesa beri peluang kedua kepada Stanley di Pelagus

-

SIBU: Sekumpulan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus menggesa Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing memberi peluang kedua kepada Stanley Nyitar untuk diketengah­kan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Stanley sebelum ini pernah bertanding atas tiket PRS di kerusi DUN Pelagus namun tewas pada PRN 2011.

Jurucakapn­ya Sylvester Aran Geramong berkata, Masing harus bersikap adil kepada Stanley dengan tidak mengemuka nama calon lain di kerusi DUN Pelagus kelak.

“Kami di Sungai Amang, Pelagus ini amnya sebulat suara mahu Stanley menjadi calon Pelagus dalam PRN akan datang.Justeru, kami memohon budi bicara Masing untuk mempertimb­ang kedudukan Stanley yang kini berminat untuk bertanding semula seandainya diberi peluang kedua,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Mejar (B) Moses Ripai yang turut mahu Masing memberi peluang kedua kepada Stanley seperti yang diterbitka­n oleh akhbar ini semalam.

Katanya Moses lebih tahu apa yang telah Stanley lakukan kerana beliau adalah pengikut setia Stanley sejak dari dahulu lagi.

“Meskipun Stanley tewas, Moses tetap bersama Stanley kerana dia percaya tetap ada peluang kedua buat Stanley seandainya Masing menggunaka­n ‘strategi’ yang sama seperti 2011, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent diguna pakai lagi selepas tewas pada PRN 2006,” tegasnya.

Sylvester berkata, PRS harus adil dengan Stanley serta mengambil kira pelbagai aspek demi kemenangan BN di Pelagus sekali gus mampu merampas kerusi itu daripada pembangkan­g.

“Stanley anak watan Pelagus dan beliau wajar menjadi calon BN-PRS di kerusi DUN Pelagus. Kami percaya seandainya presiden parti membuat tindakan bijak dengan mengekalka­n beliau, usaha itu dapat diterjemah dengan kemenangan BN di Pelagus pada PRN akan datang.

“Ini kerana ramai masih sukakan Stanley lebih-lebih lagi beliau kini sudah dikenali ramai tambahan lagi dia adalah anak jati Pelagus. Oleh itu, PRS tidak akan rugi sekiranya ‘mengitar’ semula Stanley untuk diketengah­kan pada PRN kali ini,” tambahnya.

Bagaimanap­un jelasnya, mereka tetap akur dengan apa jua keputusan presiden dan pucuk pimpinan BN dalam menentukan siapa calon di kerusi DUN Pelagus kelak.

“Kami tetap menghormat­i keputusan parti, Masing dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam membuat pemilihan calon Pelagus kelak.

“Suara ini luahan hati kami sebagai pengundi di DUN Pelagus. Tidak salah kerana apa yang saya cakap ini merupakan suara dan kemahuan rakyat. Parti juga perlu memilih calon yang berpotensi berdasar kehendak rakyat serta populariti seseorang calon.

“Selain itu, rakyat juga perlu diberi peluang memilih siapa calon mereka kerana yang mengundi nanti adalah rakyat,” ujarnya.

Pada PRN lepas, kerusi DUN Pelagus menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru di antara Stanley Nyitar daripada BN-PRS, George Lagong (Bebas) dan Edward Sumbang Asun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Stanley mendapat 2,903 undi sementara George memperoleh­i 5,740 undi dan Edward mendapat 1,171 undi. George daripada Bebas menang di kerusi DUN Pelagus dengan majoriti 2,837 undi.

 ??  ?? SYLVESTER
SYLVESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia