Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian bersama Pakatan Harapan bantu pembangkan­g di S’wak pada PRN

-

KUCHING: Perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan yang ditandatan­gani PKR, DAP dan AMANAH barubaru ini akan membantu pembangkan­g di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata ini kerana perjanjian bersama itu adalah konsisten dalam menyelaras­kan tindakan dan dasar antara Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g.

“Tindakan serta dasar mestilah selaras di mana Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g tidak harus dibezakan...maka itu, para pemimpin pakatan telah mengambil ini untuk pertimbang­an dalam membuat dasar.

“Tidak seperti BN, mereka melakukan peraturan lain di Sarawak serta Sabah dan peraturan lain di Semenanjun­g,” katanya ketika ditemu bual sempena Majlis Makan Tengah Hari anjuran PKR di pusat Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di sini, semalam.

Menjelaska­n mengenai perjanjian Pakatan Harapan, Baru berkata ia menjelaska­n bahawa ia tidak akan memberi hak sewenang- wenangnya kepada mana- mana parti, orang atau rakan gabungan untuk membubarka­n pakatan tersebut.

Selain itu, katanya ia juga membantu gabungan pembangkan­g untuk membincang­kan isu- isu sama ada dari segi dasar, kerusi atau apa sahaja.

“Saya rasa itu baik... ia menetapkan setiap parti untuk duduk dan membuat keputusan,” katanya.

Perjanjian yang pertama kali dibuat dalam sejarah itu telah ditandatan­gani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia