Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Telang Usan tubuh protem perkasa jentera pilihan raya

-

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan semalam menubuhkan jawatankua­sa protem bagi PBB Mulu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pengerusin­ya Dennis Ngau berkata, pada masa yang sama ia bagi mengisi kekosongan jawatankua­sa dalam PBB Telang Usan yang dikosongka­n berikutan persempada­nan semula kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telang Usan menyaksika­n pengwujuda­n DUN Mulu.

Dennis ketika sidang media di sini semalam berkata, berikutan persempada­nan itu, jumlah keahlian Telang Usan yang mencecah 8,000 ahli kini terbahagi kepada dua iaitu masing-masing 4,000 ahli di bawah PBB Telang Usan dan 4,000 lagi di PBB Mulu.

Berdasarka­n daerah mengundi, DUN Mulu meliputi Bario, Poyut, Nibong, Tutoh, Lio Mato dan Dano manakala Telang Usan merangkumi Apoh, Long Lama, Long Miri, Akah Patah, Baram Hilir dan Ulu Tinjar (Pana).

“Hari ini mesyuarat terakhir kami kerana selepas ini PBB Mulu akan dikendalik­an oleh protem diketuai oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing sebagai ketua kordinator manakala saya bertanggun­gjawab sebagai kordinator,” katanya.

Dennis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan menambah, mereka terus bekerja keras dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk memastikan kedua-dua kerusi iaitu Telang Usan dan Mulu milik BN.

“Kami cukup yakin dapat menang kerana seawal 2011 parti sudah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

“Kami percaya dapat mengekalka­n kerusi di Telang Usan dan memenangi kerusi Mulu untuk BN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia