Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan kerusi pembangkan­g mungkin dimuktamad pada hujung Jan atau Feb

-

KUCHING: Rundingan kerusi antara tiga parti pembangkan­g di negeri ini, Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mungkin dimuktamad­kan pada hujung bulan ini atau Februari.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya akan bertemu dengan DAP dan AMANAH dalam masa terdekat bagi berbincang mengenai perkara itu, di mana pertemuan tersebut juga mungkin dilakukan secara berasingan.

“Kami telah bertemu beberapa kali sebelum ini dan kami menyedari kawasan yang saling diminati tetapi akhirnya berlaku banyak pertindiha­n dalam tuntutan kerusi masing-masing.

“Saya benar-benar berharap ia akan dimuktamad­kan pada hujung Januari atau Februari kerana saya yakin bahawa pilihan raya mungkin diadakan pada Mac,” katanya ketika ditemu bual sempena Majlis Makan Tengah Hari anjuran PKR di pusat Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Baru turut menafikan bahawa PKR dan DAP saling curiga terhadap satu sama lain dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Jelas beliau, ia cuma keadaan biasa dan bukan kali pertama di mana setiap pihak saling meletakkan kepentinga­n dalam tuntutan kerusi.

“Rundingan terhadap kerusi adalah sangat penting dan bagi saya, itu adalah perkara yang semula jadi berlaku sebelum pilihan raya.

“Namun lebih penting ialah kami akhirnya bergabung dan berjuang menentang Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu.

“Saya fikir jika ini dicapai dengan niat yang baik, walaupun tidak 100 peratus tetapi 90 peratus sahaja maka ia adalah satu kejayaan,” katanya.

Selain itu, Baru juga menolak wujudkan syak wasangka antara PKR dan DAP apabila DAP tidak menjemput pemimpin-pemimpin PKR untuk menghadiri majlis makan malam anjuran mereka baru- baru ini, sebaliknya hanya menjemput pemimpin AMANAH sahaja.

“Saya tidak kisah jika kami dijemput atau tidak... bukan isu sama sekali kerana itu keputusan mereka.

“Apa yang penting adalah tindakan iaitu semua pihak harus bersatu.

“Makan malam itu adalah perkara kecil tetapi apa yang penting adalah kami bersatu melawan BN,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Baru menyampaik­an sumbangan kepada tetamu-tetamu pada Majlis Makan Tengah Hari PKR yang terdiri daripada warga OKU.
PRIHATIN: Baru menyampaik­an sumbangan kepada tetamu-tetamu pada Majlis Makan Tengah Hari PKR yang terdiri daripada warga OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia