Utusan Borneo (Sarawak)

UPP aktifkan jentera menghadapi PRN

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengaktifk­an jentera pilihan raya parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi, kata Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh.

Jelasnya, parti juga menubuh jawatankua­sa kerja dan pasukan parti sebagai persediaan untuk berkempen.

“Kita akan berusaha untuk kemenangan UPP dan kemenangan Barisan Nasional ( BN). Justeru, kerjasama, sokongan padu dan bantuan semua penting untuk memastikan bendera BN dan bendera UPP terus berkibar tinggi di kawasan Bawang Assan dan Sarawak,” katanya.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Jalan dan Tempat Parkir di Rumah Juing Buntok, Pasir Mas, Batang Igan, petang kelmarin.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Tuai Rumah Juing, ahli-ahli Unit Bumiputera UPP Bawang Assan serta yang lain.

Menteri Kewangan Kedua itu berharap apabila tibanya PRN nanti, semua pengundi akan memberi sokongan padu kepada UPP dan juga beliau, yang akan bertanding semula sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bawang Assan.

“Ini kerana hanya calon dan kerajaan BN yang mempunyai visi serta rancangan pembanguna­n yang teratur dan polisi kukuh, dapat melaksana infrastruk­tur dan kemudahan asas. Justeru, pilihan kita hanyalah BN dan juga UPP.

“Saya berharap pengundi akan bersatu padu menyokong segala usaha kerajaan BN untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara,” katanya sambil berterima kasih kepada pengundi di kawasan Bawang Assan atas sokongan diberi ketika PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti berkata, kerajaan BN akan meneruskan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk tahun ini dan tahuntahun akan datang.

Program ini katanya, bertujuan memastikan penduduk kawasan luar bandar tidak ketinggala­n daripada segi pembanguna­n sebaliknya menikmati kemudahan asas yang lebih baik.

Menyentuh mengenai projek pembinaan tempat parkir dan projek menaik taraf jalan di Rumah Juing, beliau memberitah­u bahawa projek melibatkan kos bernilai RM240,000.

 ??  ?? RASMI JALAN: Wong ketika merasmikan projek jalan dan tempat parkir di Rumah Juing. Turut kelihatan Andrew (kiri), Juing (tiga kanan) serta yang lain.
RASMI JALAN: Wong ketika merasmikan projek jalan dan tempat parkir di Rumah Juing. Turut kelihatan Andrew (kiri), Juing (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia