Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ Kelantan sita 96 kenderaan klon

-

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Kelantan telah menyita 96 kenderaan klon di negeri ini sejak 2014 hingga kelmarin.

Pengarahny­a, Mahasan Mustapa berkata antara kenderaan klon yang disita ialah kereta mewah jenis BMW, MercedesBe­nz, Subaru dan Toyota.

“Pembeli yang ditahan pula kebanyakan­nya terdiri daripada golongan berpenda- patan sederhana serta penjawat awam. Mereka membeli kenderaan klon ini daripada sindiket yang beroperasi di laman sosial terutama Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Kenderaan klon ini ditawarkan semurah RM5,000 bagi kereta jenis Honda Jazz, manakala RM25,000 bagi Toyota Vellfire,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mahasan berkata beberapa individu yang terlibat dalam sindiket kereta klon itu telah dikenal pasti dan nama mereka telah diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanap­un setakat ini tiada tangkapan dibuat melibatkan anggota sindiket di negeri ini dan keadaan masih terkawal,” katanya. — Bernama

Jadi, PEKA telah menjawab persoalan mengenai punca kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kita harap kerajaan akan memberi perhatian segera kepada perkara ini bagi mengelak kejadian lebih

” buruk. Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil Presiden PEKA

Presidenny­a Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata walaupun sebelum ini pelbagai pihak menafikan keadaan itu, PEKA mempunyai bukti jelas menunjukka­n kegiatan penerokaan hutan tersebut semakin serius.

Bagi membuktika­n perkara itu, PEKA bersama beberapa agensi media termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat mengejutka­n apabila tandatanda penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.

Banyak tunggul kayu balak dipercayai baru ditebang sebulan lepas, ditemui sebaik memasuki lebih tiga kilometer ke dalam hutan itu dengan menggunaka­n jalan tanah merah berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi.

Antaranya, termasuk dari jenis cengal merah dan meranti yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Tinjauan turut menemui beberapa papan tanda yang menunjukka­n notis lesen kegiatan pembalakan bera- khir pada tahun lepas.

Paling memeranjat­kan, terdapat papan tanda mengenai sebuah projek baharu, iaitu cadangan membina sebuah empangan mini hidro elektrik di kawasan Sungai Benus di situ.

Mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1924, sebarang pendudukan atau perjalanan aktiviti di hutan simpan kekal adalah dilarang, dan jika ingkar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Lebih teruk lagi, apabila anak-anak sungai turut terjejas ekoran alirannya disekat bagi membina jambatan balak dipercayai untuk mengangkut keluar hasil hutan itu.

Perlu diingat, Hutan Simpan Lentang ini mempunyai keistimewa­annya sendiri kerana ia kawasan tadahan air dan mempunyai banyak kawasan air terjun dan anakanak sungai, kata Shariffa Sabrina.

“Satu pemandanga­n amat sedih apabila melihat pokokpokok hutan dan kayu balak dipotong sesuka hati termasuk di kawasan penampan sungai.

“Jadi, PEKA telah menjawab persoalan mengenai punca kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Kuala LumpurKara­k. Kita harap kerajaan akan memberi perhatian segera kepada perkara ini bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISITA: Mahasan (dua kanan) bersama pegawai melihat sebahagian daripada 96 kenderaan klon yang disita selepas sidang media di Pejabat JPJ Kelantan di Kota Baharu, semalam.
— Gambar Bernama DISITA: Mahasan (dua kanan) bersama pegawai melihat sebahagian daripada 96 kenderaan klon yang disita selepas sidang media di Pejabat JPJ Kelantan di Kota Baharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: PATI warga Indonesia yang berjaya ditahan oleh anggota Polis Marin Wilayah 2 selepas bot yang mereka naiki terkandas di perairan Pulau Merambung, Tanjung Kupang di Johor Baharu, semalam.
— Gambar Bernama DITAHAN: PATI warga Indonesia yang berjaya ditahan oleh anggota Polis Marin Wilayah 2 selepas bot yang mereka naiki terkandas di perairan Pulau Merambung, Tanjung Kupang di Johor Baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia