Utusan Borneo (Sarawak)

MBMB akan perkenal undang-undang kecil denda individu kotorkan Melaka

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB) akan memperkena­lkan undang-undang kecil untuk mendenda individu yang membuang sampah merata-rata terutama di kawasan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) di Bandar Hilir.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata melalui undang-undang kecil yang dijangka diluluskan dalam masa terdekat itu, pesalah atau individu yang membuang sampah akan didenda membersihk­an kawasan yang dikotori selain denda wang tunai.

“MBMB dalam proses untuk meluluskan undangunda­ng kecil ini. Kita dah bagi peringatan tetapi ada yang masih mencabar kita dalam usaha memastikan Melaka bebas daripada sampah sarap.

“Kita berdepan dengan sikap dan budaya manusia yang agak sukar dibentuk. Jadi usaha untuk mengekalka­n keindahan Melaka bukan hanya terletak pada kerajaan negeri sahaja tetapi juga masyarakat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Miss Tourism Internatio­nal- Cleanlines­s Jonker Walk’ di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelaksanaa­n undangunda­ng kecil itu merupakan kesinambun­gan penguatkua- saan denda RM10 kepada individu yang membuang sampah merata- rata yang diperkenal­kan sejak beberapa tahun lepas.

Katanya undang-undang kecil itu juga akan dilaksanak­an secara meluas oleh pihak berkuasa tempatan lain termasuk Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandara­n Alor Gajah dan Majlis Perbandara­n Jasin.

Dalam perkembang­an lain, Idris berkata penyertaan Miss Tourism dari pelbagai negara dalam program Cleanlines­s Jonker Walk dapat membantu mempromosi­kan Melaka di peringkat antarabang­sa.

“Program melibatkan Miss Tourism untuk kempen ‘Don’t Mess with Melaka’ ini bukan kempen kesombonga­n, kemegahan atau kegarangan kita tetapi ia adalah kempen kebersihan di negeri ini,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an peniaga di kawasan Jonker Walk agar menitikber­atkan aspek kebersihan kerana kawasan berkenaan merupakan antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka.

Terdahulu sejumlah 50 peserta Miss Tourism Internatio­nal bergotong-royong membersihk­an kawasan di sekitar Jonker Walk.

Kesemua mereka berada di Melaka bagi pertanding­an Miss Tourism Internatio­nal yang akan berlangsun­g pada 16 Jan depan.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Idris bersama Ratu Pelanconga­n pelbagai negara meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung yang berada sekitar Jonker Walk pada program‘Miss Tourism Internatio­nal-Cleanlines­s Jonker Walk’ di bandar Melaka, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Idris bersama Ratu Pelanconga­n pelbagai negara meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung yang berada sekitar Jonker Walk pada program‘Miss Tourism Internatio­nal-Cleanlines­s Jonker Walk’ di bandar Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia