Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian Pakatan Harapan tidak jejas kedudukan PAS

Perkara biasa dalam senario politik negara, kata Abdul Hadi

-

KUALA SELANGOR: Kedudukan PAS tidak tergugat dengan pemeteraia­n perjanjian Pakatan Harapan, gabungan kerjasama parti pembangkan­g DAP, PKR dan AMANAH (Parti Amanah Negara) kelmarin, kata Presiden PAS Datuk SeriAbdul Hadi Awang.

Beliau berkata pihaknya melihat perkara itu sebagai perkara biasa dalam senario politik negara.

“Kita (PAS) lihat perkara ini sebagai perkara biasa dalam politik tanah air. Pakatan bukan baharu di negara ini, Pakatan Harapan dan pakatan macam-macam wujud di negara ini sejak 60 tahun lepas.

“Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tak bangun-bangun. Kita terus bangun dan bangkit. PAS makin hari makin kuat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan majlis Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini semalam.

Pimpinan utama Pakatan Harapan kelmarin secara rasminya menandatan­gani perjanjian yang mengikat kesatuan ketiga-tiga parti dalam gabungan berkenaan.

Perjanjian itu ditandatan­gani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden AMANAH Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, pada sidang media yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui PAS melihat sebagai ancaman cadangan DAPmeletak­kan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang disandang PAS.

“Oleh itu, DAP juga adalah satu ancaman kepada PAS seperti mana Barisan Nasional (BN) sekarang,” kata Iskandar yang juga Pesuruhjay­a PAS Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dilapor berkata parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi DUN yang disandang PAS di Selangor, namunperka­ra itu akan diperhalus­i dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor.

Menurut Iskandar, PAS bercadang bertanding di 25 kerusi DUN Selangor pada PRU14 berbanding 20 pada PRU lepas.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN sebelum dua wakil rakyatnya keluar parti untuk menyertai Parti AMANAH menjadikan komposisi kerusi PAS kini 13 daripada keseluruha­n 56 kerusi DUN Selangor. — Bernama

Kita (PAS) lihat perkara ini sebagai perkara biasa dalam politik tanah air. Pakatan bukan baharu di negara ini, Pakatan Harapan dan pakatan macam

“macam wujud di negara ini sejak 60 tahun lepas. Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH TANAH: Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Kuarters Penjawat Awam Negeri Perak di Wilayah Lumut Kiri, Manjung, semalam.
— Gambar Bernama PECAH TANAH: Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Kuarters Penjawat Awam Negeri Perak di Wilayah Lumut Kiri, Manjung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia