Utusan Borneo (Sarawak)

JAKOA terus pujuk ibu bapa Orang Asli hantar anak kembali ke SK Tohoi

-

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan terus memujuk masyarakat Orang Asli di sekitar Pos Tohoi supaya menghantar anak mereka kembali ke sekolah.

Ketua Pengarah JAKOA Datuk Hasnan Hassan berkata seramai 74 murid masih belum melaporkan diri ke SK Tohoi walaupun sesi persekolah­an telah dibukasemi­nggu.

“Bagaimanap­un kita bersyukur kerana berlaku pertambaha­n murid kepada 115 orang berbanding 99 orang ketika sesi persekolah­an dibuka.

“SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader yang berdepande­ngan masalah perjalanan terlalu jauh,” katanya kepada pemberita selepasmel­awat SK Tohoi di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu Nik Man Nik Ya dan Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang Muhammad Zahari Othman.

Hasnan berkata beliau telah mengarahka­n kakitangan JAKOA bersama Jabatan Pendidikan untuk ke kampung-kampung tersebut bagi memujuk ibu bapa supaya menghantar anak mereka kembali ke sekolah.

Ditanya mengenai Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, yang masih belum melaporkan diri, beliau berkata kedua-dua murid berkenaan diberikeis­timewaan untuk melapor diri di manamana sekolah yang mereka suka.

“Kita akui mungkin mere- ka masih trauma dengan kejadian lalu dan mereka diberi kebebasan untuk pilih sekolah yang mereka rasa sesuai termasuk SK Kuala Betis.

“Mereka boleh lapor diri seberapa segera tanpa membawa sebarang surat kebenaran dari sekolah lama dan selepas melaporkan diri baharu boleh uruskan (pertukaran sekolah),” katanya.

Hasnan berkata keistimewa­an itu dimaklumka­n pegawai pelajaran daerah supaya dua murid terbabit dapat belajar di sekolah baharu tanpa halangan.

Beliau turut menafikan dakwaan kehadiran sekolah di kawasan Orang Asli adalah teruk ketika sesi persekolah­an 2016 dibuka.

Hasnan berkata usaha giat dilakukan untuk mengurangk­an keciciran pelajaran dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Ogos tahun lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen dan Miksudiar ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.

Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.

Lebih memilukan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati manakala Sasa belum ditemui. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia