Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 99% terima tawaran belajar di SM Imtiaz

-

KUALA TERENGGANU: Hampir 99 peratus pelajar tingkatan satu yang ditawarkan tempat di Sekolah Menengah (SM)Imtiaz menerima tawaran itu dan mula mendaftar di tujuh buah sekolah Imtiaz seluruh Terengganu semalam bagi sesi persekolah­an 2016.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas- tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata jumlah itu adalah satu pencapaian luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana ada juga pelajar yang ditawarkan­tempat ke Imtiaz memilih untuk melanjutka­n pembelajar­an di sekolah elit lain seperti Sekolah Sains dan Maktab Rendah Sains MARA.

“Ini adalah satu perkembang­an yang sangat positif di mana kecemerlan­gan akademik pelajar Imtiaz selain kemampuan mereka dalam menghafaz al-Quran mulamenjad­i tumpuan masyarakat.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu juga menerima ribuan permohonan daripada ibu bapa dan pelajar yang berminat melanjutka­n pelajaran keImtiaz, namun kita hanya mampu menawarkan 605 tempat sahaja untuk kemasukan tingkatan satu pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Pada tahun lalu, Yayasan Terengganu menawarkan 650 tempat untuk pelajar tingkatan satu dan penu- runan pengambila­n pelajar pada tahun ini disebabkan kekurangan jumlah kelas di Sekolah Imtiaz Kuala Nerus yang sehingga kini masih beroperasi di bangunan sementara di premis perniagaan di Gong Badak.

Terengganu mempunyai lima buah sekolah Imtiaz yang sudah beroperasi di bangunan sendiri iaitu Besut, Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan HuluTereng­ganu manakala dua lagi Sekolah Imtiaz iaitu Kuala Nerus dan Setiu masihberop­erasi di bangunan sementara sebelum berpindah ke tapak kekal yang akan muladibina tahun ini.

Mengulas lanjut, Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata kerajaan negeri memperuntu­kkan sebanyak RM10 juta untuk pengurusan­pembelajar­an serta keperluan harian di tujuh buah sekolah Imtiaz pada tahun ini.

“Kerajaan negeri juga akan memulakan pembinaan tiga buah sekolah Imtiaz bagi daerah Marang, Setiu dan Kuala Nerus pada tahun ini dengan jumlah peruntukan­keseluruha­n sebanyak RM180 juta.

“YT sudah mengenal pasti kawasan seluas 32 hektar di Kampung Gemuruh untuk pembinaan sekolah Imtiaz Kuala Nerus, 20 hektar di Kampung Banggol untukImtia­z Setiu dan 20 hektar di Kampung Bukit Mucung untuk pembinaan Imtiaz Marang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia