Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney selamatkan maruah The Red Devils

Arsenal, City teruskan kemaraan selepas benam lawan masing-masing pada pusingan ketiga Piala FA

-

“”

Terselamat dari malu? Saya tidak fikir begitu.

LONDON, England: Kapten Manchester United, Wayne Rooney, menyempurn­akan satu tendangan penalti pada minit kecederaan untuk menyelamat­kan maruah pasukannya dengan kemenangan 1- 0 ke atas kelab divisyen tiga, Sheffield United pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris Sabtu lepas.

Juara bertahan, Arsenal dan juga Manchester City kelihatan tidak mempunyai masalah meneruskan kemaraan tetapi United kelihatan dipaksa bermain perlawanan ulangan sebelum Rooney menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke- 93 selepas satu kekasaran ke atas Memphis Depay dalam kotak penalti.

Ia adalah cubaan tepat kedua buat United, ketika menentang pasukan yang berada 47 anak tangga di bawah mereka dalam hierarki bola sepak Inggeris tetapi pengurus United, Louis van Gaal tetap berasa yakin dengan prestasi anak buahnya.

“Terselamat dari malu? Saya tidak fikir begitu,” kata Van Gaal ketika memberitah­u BT Sport. “Ia sentiasa sukar bermain menentang lawan seperti ini. Mereka bertahan dengan 10, 11 pemain.”

Beliau menambah: “Berapa banyak peluang yang dicipta Sheffield United. Tiada siapa bercakap mengenainy­a.”

Namun penyokong United merasakan sebaliknya apabila memberikan tepukan sindiran bila mana pasukannya melakukan cubaan dan Van Gaal jelas dicemuh penyokong Sheffield United sehingga lewat permainan.

United kelihatan sudah mengubah nasib buruk mereka minggu lepas apa- bila menewaskan Swansea City 2-1 untuk menamatkan tempoh lapan perlawanan tanpa kemenangan tetapi mereka kelihatan hilang punca di Old Trafford.

Mereka mengambil masa 69 minit untuk mencipta peluang di pintu gol Sheffield dengan rembatan Matteo Darmian mudah ditangkap penjaga gol George Long dan pintu gol Long hanya diuji apabila Dean Hammond mengasari Depay pada minit kecederaan untuk memberikan satu tendangan penalti.

Pengurus Sheffield, Nigel Adkins berkata: “Kesungguha­n, karektor dan keberanian kelab adalah tentang Sheffield United dan ia ditunjukka­n hari ini.”

Pada perlawanan lain, Arsenal bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Sunderland 3- 1 menerusi gol Aaron Ramsey dan Olivier Giroud.

S u n d e r - land mengej u t k a n p e n o n t o n di Stadium E m i r a t e s apabila membuka jaringan menerusi Jeremain L e n s p a d a minit ke- 17 tetap Joel Campbell mengikat kedudukan lapan minit kemudian sebelum Ramsey dan Giroud m e m a s - tikan kemenangan Arsenal.

“Ia satu ujian untuk kami bangkit dari keti n g g a l a n . Ada reaksi m e n t a l yang hebat dalam pasukan ini,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Manchester City menang 3- 0 di Norwich City menerusi gol Sergio Aguero, Kelechi Iheanacho dan pemain gantian Kevin De Bruyne.

Southampto­n dan Newcastle United bagaimanap­un kecundang pada pusingan pertama untuk kelab dari Liga Perdana pada pusingan ketiga kejohanan ini.

Southampto­n tewas 12 kepada Crystal Palace menerusi gol kemenangan Wilfried Zaha pada minit ke-68 sementara Newcastle tewas 0- 1 kepada Watford menerusi gol Georginio Wijnaldum.

West Bromwich Albion berterima kasih kepada James Morrison untuk gol penyamaan pada minit kecederaan untuk mengelak dimalukan kelab divisyen

Louis van Gaal Pengurus Manchester United

City.

Selepas p e m a i n g a n t i a n , Saido Berahino meletakkan West Brom di hadapan pada minit ke- 67, Bristol mengikat kedudukan menerusi gol Jonathan Kodjia d u a , Brist o l sebelum Keiran Agard menjaringk­an gol pendahulua­n Bristol. Morrison menyelamat­kan maruah West Brom dengan gol penyamaan pada minit kecederaan. Pada perlawanan lain, musim buruk Aston Villa berterusan apabila diikat 1- 1 oleh kelab divisyen empat, Wycome W a n d e r e s – untuk perlawanan ke- 16 berturut- turut tanpa kemenangan.

Bolton Wand e r e r s , k e - lab tercorot Liga Championsh­ip yang diambang muflis, seri 1- 1 dengan kelab divisyen lima, Eastleigh, pasukan dari liga paling bawah yang masih bersaing pada kejohanan ini, membuka jaringan pada minit ke- 51 menerusi gol sendiri Dorian Dervite tetapi Darren Pratley mengikat kedudukan pada minit ke- 87. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ENGGAN MENGALAH: Walcott (kiri) menerima tentangan sengit daripada pemain Sunderland, Charalampo­s Mavrias ketika bersaing pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Emirates di London Sabtu lepas.
— Gambar AFP ENGGAN MENGALAH: Walcott (kiri) menerima tentangan sengit daripada pemain Sunderland, Charalampo­s Mavrias ketika bersaing pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Emirates di London Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENYELAMAT: Rooney meraikan jaringanny­a selepas menjaringk­an gol kemenangan Manchester United menerusi sepakan penalti pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris menentang Sheffield United di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters GOL PENYELAMAT: Rooney meraikan jaringanny­a selepas menjaringk­an gol kemenangan Manchester United menerusi sepakan penalti pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris menentang Sheffield United di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia