Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulangan Totti gagal bangkitkan semangat Roma

-

MILAN, Itali: Kepulangan Francesco Totti dari kecederaan gagal membangkit­kan semangat AS Roma apabila pasukannya masih gagal mencipta kemenangan ekoran keputusan seri 1-1 di tempat sendiri ketika menentang AC Milan dalam aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Totti kembali dari kecederaan selama hampir empat bulan apabila menggantik­an Umar Sadiq, 25 minit selepas rehat.

Tetapi selepas Juraj Kucka mengikat kedudukan dari gol pembukaan Antonio Ruduiger seawal minit keempat, Totti gagal membangkit­kan semangat Roma, yang kini hanya mencipta satu kemenangan dari tujuh perlawanan liga terakhir dan pemain dicemuh oleh penyokong sendiri ketika meninggalk­an padang di Stadio Olimpico.

Roma kekal di tangga kelima liga tetapi lima mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan, yang bermain lewat menentang Sassuolo tetapi ia adalah kali kedua dalam minggu ini (selepas seri 3-3 di Chievo) di mana Roma tercicir dua mata.

Jurulatih Roma, Rudi Garcia berseloroh tentang peluang pasukannya selepas permainan katkan spekulasi mengenai masa depan beliau di kelab itu.

“Malam ini kami bermain seperti watak filem Doktor Jekyll dan Encik Hyde,” kata Garcia ketika memberitah­u Sky Sport.

“Semuanya hilang dalam separuh masa kedua, kami seperti keletihan dari segi mental dan fizikal... kami bermula dengan sangat baik tetapi saya tidak menjangkak­an apa yang berlaku dalam separuh masa kedua.”

Pemain tengah, Radja Nainggolan adalah antara beberapa pemain yang bergelut dengan tahap kecergasan sepanjang permainan tetapi permintaan beliau untuk dikeluarka­n pada lewat permainan tidak diendahkan.

Garcia menambah: “Ia tidak menarik melihat seorang pemain tidak dapat bermain 90 minit permainan.”

Dengan Edin Dzeko digantung perlawanan, Umar Sadiq diturunkan dalam kesebelasa­n utama yang kedua berturuttu­rut oleh Garcia dan dalam beberapa saat, pemain remaja dari Nigeria itu menguji penjaga gol remaja Milan, Gianluigi Donnarumma. dalam setiap dua penampilan terakhirny­a untuk Roma tetapi penyerang berusia 18 tahun itu tetapi Rudiger menyempurn­akan satu peluang cantik dari satu tendangan percuma Miralem Pjanic untuk membuka jaringan seawal minit keempat.

Sadiq bagaimanap­un turut gol lawan apabila melepasi dua pemain pertahanan sebelum mengumpan bola kepada Pjanic tetapi rembatan penyudah pemain antarabang­sa Bosnia itu melambung tinggi sementara satu lagi cubaan Rudiger ditepis Donnarumma.

Tekanan kini juga ke atas jurulatih Milan, Sinisa Mi- berangsang­kan dalam separuh masa kedua di mana beliau juga diperintah meninggalk­an padang kerana membantah keputusan pengadil.

Bagaimanap­un, Milan menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-50 apabila Kucka melompat tinggi untuk menanduk satu hantaran lambung Keisuke

 ?? — Gambar Reuters ?? KURANG BERMAYA: Totti bersaing dengan pemain AC Milan, Alessio Romagnoli (kanan) pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Olimpik di Rom, Itali pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters KURANG BERMAYA: Totti bersaing dengan pemain AC Milan, Alessio Romagnoli (kanan) pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Olimpik di Rom, Itali pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia