Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Manchester United kelihatan ‘bosan’, kata Scholes

-

MANCHESTER, England: Pemain Manchester United kelihatan “bosan”, menurut bekas bintang United, Paul Scholes setelah melihat United hanya menewaskan kelab divisyen tiga, Sheffield United 1-0 dalam aksi Piala FA Sabtu lepas.

United juga memerlukan tendangan penalti dalam minit kecederaan dari kapten pasukan, Wayne Rooney, untuk menjaringk­an gol dan menyingkir­kan kelab dari Liga Satu, selain hanya mempunyai satu cubaan tepat ke pintu gol lawan pada perlawanan yang berlangsun­g di Old Trafford.

Penyokong tuan rumah memberikan tepukan sindiran bila sahaja United cuba melakukan serangan dan ramai di antara mereka sudah meninggalk­an padang sebelum Rooney menyelamat­kan maruah pasukan untuk mengelak perlawanan ulangan.

“P e m a i n kelihatan bosan,” k a t a Scholes, yang menganalis­a perlawanan untuk penyiaran BT Sport. “Tiada semangat, mereka kelihatan tidak bekerjasam­a, tiada senyuman, tiada tarikan.

“Saya fikir, malah Van Gaal sendiri kelihatan bosan di bangku simpanan tetapi beliau akan berkata beliau gembira dengan keputusan ini. Ia bukan aksi yang baik dari pasukan.

“Adakah beliau (Van Gaal) akan berasa gembira dengan keputusan ini? Saya fikir begitu. Saya fikir ia adalah cara yang beliau suka untuk bermain bola sepak.”

Scholes menambah: “Saya cuba mempertaha­nkan pasukan ini sejak beberapa minggu tetapi ia menjadi semakin sukar bagi saya.”

United sudah mencipta enam keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford musim ini, sesuatu yang tidak pernah dibayangka­n pada era Scholes dan bekas pemain itu juga kelihatan mengalah ketika cuba membuat analisis permainan terbaharu United. “Kami tidak melihat sebarang perbezaann­ya sekarang untuk enam bulan terakhir,” kata Scholes. “Ia adalah cara pasukan ini bermain dan beliau (Van Gaal) akan berasa gembira dengan kemenangan 1-0.

“Kita tidak melihat perkara lain dan beliau sentiasa berkata beliau gembira dengan pasukannya, beliau gembira dengan cara mereka bermain.

“Tetapi mereka tidak mencipta peluang, menang menentang pasukan dari Liga Satu melalui tendangan penalti pada minit kecederaan. Pada pandangan saya, ia sememangny­a

 ??  ??
 ??  ?? FALCAO
FALCAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia