Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic ungguli Terbuka Qatar

-

DOHA, Qatar: Novak Djokovic memenangi kejuaraan pertama beliau tahun ini apabila mempamerka­n aksi “sempurna” untuk menewaskan Rafael Nadal dengan mudah pada final Terbuka Qatar di sini Sabtu lepas.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia itu mengambil masa hanya satu jam dan 13 minit untuk menewaskan jaguh dari Sepanyol, 6-1 dan 6-2.

Kemenangan itu bukan sahaja kejuaraan yang ke- 60 dalam kerjayanya tetapi juga bermakna beliau mendahului rekod pertemuan dengan Nadal buat kali pertama, memenangi 24 dari 47 perlawanan di antara mereka.

“Saya bermain dengan agak sempurna dari awal hari ini, saya berjaya melakukan setiap pukulan yang saya mahukan,” kata Djokovic selepas perlawanan.

Beliau menambah beliau bermain di tahap terbaik dalam kerjayanya: “Saya ada merasakan ia hampir sempurna seperti yang saya bayangkan.

“Sudah tentu dari mata pertama dan terakhir, saya berjaya mengekalka­n taktik dan strategi permainan saya dan keadaan persekitar­an juga memihak kepada saya.’

Nadal jelas kelihatan kecewa selepas perlawanan dan beliau mengakui tidak pernah meli- hat prestasi permainan sehebat Djokovic.

“Hakikatnya, ia satu perlawanan yang mudah untuk dianalisa,” kata Nadal.

“Saya menentang pemain yang melakukann­ya dengan sempurna. Saya tidak kenal pemain lain yang bermain seperti ini. Sejak saya mengenali sukan ini, saya tidak pernah melihat sesiapa pun bermain seperti ini.”

Beliau juga memberitah­u wartawan dalam bahasa Sepanyol di mana permainan Djokovic adalah “sangat luar biasa”.

Djokovic bermain dengan luar biasa sepanjang kejohanan ini dan kemenangan beliau sangat hebat di mana ia akan menghantar pesanan kepada pemain lain di mana beliau mahu mengulangi pencapaian cemerlangn­ya tahun lepas apabila memenangi tiga dari empat kejuaraan Grand Slam.

Beliau melakukan 30 pukulan kemenangan dan hanya sekali ketinggala­n mata yang berjaya diselamatk­an. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAYA JAGUH: Djokovic merakam kenangan bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Terbuka Qatar di Doha, Qatar Sabtu lepas.
— Gambar Reuters GAYA JAGUH: Djokovic merakam kenangan bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Terbuka Qatar di Doha, Qatar Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia