Utusan Borneo (Sarawak)

TRW terima tajaan RM20 juta

Vida Beauty memberi nafas baharu bola sepak Kelantan

-

KOTA BAHARU: Tajaan sebanyak RM20 juta oleh syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, dijangka memberi nafas baharu dalam pembanguna­n bola sepak Kelantan, terutama kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW).

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Baharu ( TRWKB) Mohd Zainy Mohd Zain berkata tajaan itu bakal memantapka­n pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA) pada masa akan datang.

“Beberapa tahun kebelakang­an ini, KAFA sering mengeluh kerana keadaan kewangan yang agak sukar, namun dengan tajaan ini, pengurusan KAFA boleh

Beberapa tahun kebelakang­an ini, KAFA sering mengeluh kerana keadaan kewangan yang agak sukar, namun dengan

” tajaan ini, pengurusan KAFA boleh menarik nafas lega. Mohd Zainy Mohd Zain Presiden Kelab Penyokong TRWKB

menarik nafas lega.

“Tajaan ini juga akan memperkasa­kan bola sepak Kelantan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Akhbar semalam, melaporkan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membelanja­kan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad Pamoga Qu Puteh TRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta RM1 juta untuk menganjurk­an Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Dalam pada itu, Mohd Zainy turut menyambut baik perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dicat dengan warna merah jambu, dan tempat khas untuk penyokong wanita.

“Langkah itu saya lihat akan menyemarak­kan lagi sokongan terutama golongan wanita terhadap The Red Warriors, selepas ini.

“Malah Datuk Seri ( Dr Hasmiza) juga berjanji untuk menambah baik prasarana stadium dan sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia