Utusan Borneo (Sarawak)

Lyon rai pembukaan stadium baharu dengan kemenangan

-

PARIS, Perancis: Lyon meraikan pembukaan rasmi stadium baharu dengan kapasiti 59,000 tempat duduk apabila menewaskan kelab tercorot, Troyes 4-1 sekali gus menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan dalam Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Alexandre Lacazette mencipta nama sebagai penjaring gol pertama di Stadium Parc OL untuk meletakkan Lyon di hadapan pada minit ke-18 tetapi Fabien Camus mengikat kedudukan pada pertenga- han separuh masa kedua.

Lyon bagaimanap­un kembali di hadapan dengan gol Rachid Ghezzal pada minit ke-72 sebelum Jordan Ferri dan Claudio Beauvue melengkapk­an jaringan pada lewat permainan untuk kemenangan liga yang pertama Lyon dalam tempoh dua bulan.

“Saya berasa gembira dengan keputusan ini dan juga permainan kami,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio.

“Suasana di stadium adalah hebat. Ia menarik dan penuh emosi dan saya fikir pemain benar- benar menghargai­nya. Ia adalah tugas kami untuk memberikan keputusan yang diharapkan oleh penyokong.”

Lyon mengharung­i tempoh buruk menjelang cuti rehat musim sejuk apabila hanya mengutip satu mata dari enam perlawanan dan Genesio dinaik pangkat dari kakitangan kejurulati­han kepada ketua jurulatih selepas Hubert Fournier dipecat.

Lyon membelasah kelab divisyen lima, Limoges 7-0 dalam aksi Piala Perancis hujung minggu lepas untuk membina keyakinan dan pasukan tuan rumah sekali lagi membuka jaringan awal apabila Lacazette melepasi kawalan pertahanan Troyes sebelum menewaskan penjaga gol Paul Bernardoni untuk gol ketujuh beliau musim ini.

Tetapi Troyes, yang mencipta tiga keputusan seri berturut-turut dalam liga, menyentak penyokong dan pemain Lyon dengan gol penyamaan pada minit ke-67 apabila Camus menjaringk­an gol dari jarak jauh.

Bagaimanap­un, Lyon mengembali­kan keceriaan penonton apabila meletakkan Lyon di hadapan lima minit kemudian menerusi rembatan lencong Ghezzal.

Ferri menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-81 selepas menerima umpanan Clement Grenier sebelum Beauvue melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, Monaco memerlukan satu tendangan penalti Fabinho dan gol Ricardo Carvalho untuk mengikat kedudukan 2-2 di tempat sendiri ketika menentang Gazelec Ajaccio, sleepas pasukan lawat mendahului 2-0 menerusi gol Khalid Boutaib dan John Tshibumbu.

Pierrick Capelle dan Billy Ketkeophom­phone menjaringk­an gol buat Angers ketika menewaskan Caen 2-0, sekali gus melonjak Angers ke tangga kedua liga, satu mata di hadapan Monaco. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia